CARI KANDUNGAN BLOG

Istidraj yang disangka Karamah.

November 14, 2018

Imam Ibn Taimiyyah menyebutkan dalam kitab "iqtidha As-Siratil Mustaqim" satu contoh bagaimana orang terpedaya. Sesuatu yang merupakan istidraj, disangkanya karamah. Satu orang yang pergi ke kubur lalu berdoa di sana, lantas doanya dimakbulkan, itu bukan satu karamah. Ia adalah Istidraj. Ini kerana perbuatan pergi berdoa di kuburan itu menyalahi sunnah Rasulullah SAW dan merupakan satu perkara bid'ah dalam agama. Jika dengan berbuat hal-hal bid'ah tersebut menerbitkan perkara luar biasa, mendapat nikmat dan sebagainya, ia hanyalah sepertimana orang kafir yang mendapat nikmat walaupun mereka kufur. 

Kerana itu, ukuran kebenaran sesuatu amalan bukan dilihat pada natijah amal itu.

Ia dilihat bagaimana amal itu menepati sunnah baginda Rasulullah SAW!

Jika natijah amal jadi ukuran, maka sudah tentu amalan para pendeta, sami dan mereka yang sesat itu akan dibenarkan. Berapa banyak di kalangan mereka yang mendapat kesan yang mereka mahukan hasil amalan mereka. Para petapa di gunung ganang, pemuja syaitan dan seumpamanya, mereka mendapat hasil daripada amal gigih mereka. Apakah itu lambang kebenaran mereka?

Tetapi , ramai juga orang Islam yang terpedaya dalam hal ini. Yang namanya istidraj disangkanya karamah!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP