Al-Ja'du bin Dirham
October 21, 2019
Al-Ja'du bin Dirham itu telah dibunuh oleh Khalid bin Abdullah Al-Khusri.
Riwayat masyhur menyebutkan bahawa pada satu hari raya Aidil Adha, di Kufah, dia berkhutbah di atas membar dengan mengatakan:
Imam Az-Zahabi menyebutkan tentang zalimnya Khalid bin Abdullah Al-Khusri tetapi dalam masa yang sama memujinya kerana membunuh Al-Ja'du bin Dirham.
Barangkali....inilah yang membuktikan apa yang Allah firmankan dalam Al-Quran:
Datuk Khalid Al-Khasri bernama Yazid bin Asad Al-Khasri merupakan seorang sahabat nabi SAW.
Tahun 89H dia menjadi Gabenor Makkah iaitu pada zaman Al-Walid bin Abdul Malik. Lantikan tersebut adalah rekomendasi daripada Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Ini kerana beliau melihat Umar bin Abd Aziz yang menjadi gabenor Madinah ketika itu lemah kerana membiarkan pelarian politik berlindung di sana. Makkah dan Madinah jadi tempat berlindung para pelarian politik itu. Dengan cadangan Hajjaj, Uthman bin Hayyan dilantik menggantikan Umar Abd Aziz atas Madinah dan Khalid Al-Khusri ke atas Makkah.
Bila Sulaiman bin Abd Malik jadi khalifah, dia meneruskan perkhidmatannya sehingga dia dilucutkan dan digantikan dengan Daud bin Talhah.
Kata Ibn Khalikan: Khalid Al-Khasri terkenal sebagai pemidato Arab yang terbilang fasih dan penuh balaghah.
Katanya lagi: Adalah Khalid itu ditohmah tentang agamanya. DIa telah membina sebuah kanisah buat ibunya untuk ibunya beribadat di dalamnya. Itulah yang diungkapkan oleh Farazdaq dalam syairnya:
Mengulas mengenai syair Farazdaq ini, Al-Mubarrad dalam Al-Kamil menyatakan bahawa sebab Khalid Al-Khusri meruntuhkan menara masjid adalah kerana telah sampai kepadanya syair seorang mawali Ansor yang menkritik para muazzin yang nampak wanita-wanita yang berada dia atas sutuh rumah mereka. Ini menceroboh privasi mereka. Khalid pun meruntuhkan menara tersebut. Apakah itu bukan satu yang baik?
Sementara, tentang ibu Khalid yang beragama Nasrani, Khalid bina gereja di laman rumah buat ibunya, itu adalah satu kebaktian anak buat sang ibu. Bukan satu tanda bahawa Khalid juga seorang Kristian. Bukankah seroang lelaki Muslim boleh menikahi wanita Nasrani? Apakah tidak mungkin kalau benarlah ibunya Nasrani, bapa Khalid menikahinya sesuai dengan keizinan yang dibrikan oleh Syariat. Seorang Muslim boleh menikahi wanita Kitabiyyah tanpa perlu mengubah agamanya.