CARI KANDUNGAN BLOG

Ibn Binti As-Syafie

October 23, 2020

Namanya adalah Imam Abu Muhammad Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Al-Abbas bin Uthman bin Syafi' bin Saib bin Ubaid bin Abd Yazid bin hasyim bin Al-Mutallib bin Abd Manaf Almutallibi.

Beliau merupakan anak lelaki kepada anak perempuan Imam As-Syafie. Ibunya bernama Zainab binti Imam Syafie. Imam Nawawi menyebutkan tentang khilaf mengenai namanya dan kunyahnya. Namun, apa yang disebutkan diatas adalah yang paling saheh.


Beliau merupakan seorang berpengetahuan luas dan tiada dalam keluarga Syafie seorang yang lebih alim daripadanya.


Namanya sering disebut dalam kitab Ar-Raudhah, Al-Muhazzab dan lain-lain kitab Mazhab Syafie.


Di antara keganjilan pandangan Imam binti Syafie ialah:
1) Berpandangan bahawa bermalam di Muzdalifah adalah rukun haji dan pandangan ini dipersetujui pula oleh Ibn Khuzaimah.


2) Berpandangan bahawa sa'i daripada Sofa ke marwah dan marwah ke Sofa dikira sekali, berbeza dengan pandangan yang masyhur dalam mazhab, ia dikira dua kali.


3) Berpandangan bahawa nisab tidak diambil kira dalam hukum hudud potong tangan.


4) Berpandangan bahawa anak susuan tidak menjadi mahram kepada bapa susuan. Kata Imam Nawawi, pandanganya dalam hal ini adalah keliru kerana bapa susuan menjadi mahram berdasarkan hadis saheh.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP