CARI KANDUNGAN BLOG

Kisah Yahya bin ma'in ditendang gurunya

October 5, 2020

Yahya bin Ma'in adalah seorang ulama hadis yang Tsiqah. Antara gurunya ialah Abu Nu'aim Al-Fadhlu bin Dukain. Pada satu hari Yahya bin Ma'in duduk dalam pengajian gurunya. Bersamanya juga ada Imam Ahmad bin Hambal yang juga murid kepada Al-Fadhlu bin Dukain. Yahya bin Ma'in ingin menguji gurunya itu untuk mengetahui tahap kedhabitannya.  Beliau menulis sejumlah hadis yang bercampur antara hadis gurunya dengan hadis-hadis riwayat guru yang lain. Lembaran itu mahu diserahkan kepada gruunya. Tetapi Yahya bin Ma'in menyuruh seorang yang lain menyerahkannya iaitu Ahmad bin Mansur Ar-Ramadi. Kertas itu diserahkan kepada grunya selepas majlis pengajian tamat. 

Apabila Al-Fadhlu bin Dukain membaca catatan itu, dia dapat mengenal pasti kecelaruannya. Dia merasakan campur aduk hadis itu bukan kerja Ahmad bin Mansur Ar-Ramadi.  Dia memandang Yahya bin Ma'in dan menjegilnya. Tiba-tiba sahaja ditendangnya Yahya bin Ma'in sehingga jatuh dari tempatnya.

Imam Ahmad bin Hambal pun berkata kepada Yahya bin Ma'in:

" Bukankah aku telah nasihatkanmu agar jangan perbuat hal demkikian...",

Yahya bin Ma'in bangun dan mencium dahi gurunya itu. Dia menerangkan tujuan dia berbuat demikian hanyalah untuk memastikan sifat dhobit gurunya itu. Yahya bin Ma'in berkata:

" Ditendang olehnya lebih aku suka daripada pengembaraanku mencari hadis".

1 comments:

Anonymous,  December 8, 2022 at 12:42 PM  

Alhamdulillah 😂

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP