CARI KANDUNGAN BLOG

MA'MAR BIN RASYID AL-BASRI

December 1, 2020

Beliau dilahirkn tyahun 95/96H. Beliau dilahirkan di Basrah.

 

Beliau diberi kinayah Abu Urwah.

Beliau banyak mengembara menyebarkan ilmu hadis dan mencari hadis-hadis yang belum diketahuinya.  Apabila dia sampai di Yaman, orang di sana mahu Ma'mar tinggal bersama mereka dan tidak lagi hidup berkelana. Maka caranya ialah mengahwinkan Ma'mar dengan wanita di sana. Dengan sebab itu, Ma'mar pun tidak lagi berkelana sehingga beliau mati di Yaman pada tahun 153H


 Dalam pengembaraannya, beliau mengambil ilmu hadis daripada banyak tokoh termasuk Sufyan As-Tsauri. Ibn Al-Mubarak disebutkan sebagai antara muridnya.


Kisah Ma'mar ini jadi satu contoh bagaimana nikah mengubah tabiaat pencinta ilmu. Sebab itu masyhurlah kata-kata Abu yazid Al-Bustami:

"Ilmu itu hilang di  paha-paha wanita"

Dalam sebutan yang lain:

" Ilmu itu mazbuh di antara paha-paha wanita".

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP