CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 30

January 12, 2009

Muka Surat 33
Surah Al-baqarah: Ayat 203-210


ISI-ISI PENTING

Keharusan melakukan nafar awal dalam ibadah haji bagi yang ingin bersegera meninggalkan Mina.

Golongan munafik itu apabila dinilai perkataannya, ia amat mempesonakan si pendengar tetapi hatinya sangat busuk dan menentang islam.

Orang munafik suka membuat kerosakan di muka bumi dengan merosakaan sumber makanan dan perekonomian orang-orang Islam.

Mereka tidak mengendahkan peringatan malah bertambah sombong sehingga dengan sebab kesombongan mereka, mereka tega berbuat dosa, maka balasan mereka adalah neraka.

Bagi orang yang beriman pula, mereka sanggup mengorbankan diri demi mendapat keredhaan Allah.

Orang beriman hendaklah masuk ke dalam Islam secara keseluruhan dan bukan membawa ideologi sekular.

KOMEN

Ust. Kamaruddin menyebutkan bahawa nafar awal itu diharuskan namun Allah menyifatkan bahawa mereka yang berbuat nafar awal itu dalam kegopohan manakala yang bertakwa akan menyempurnakan sehingga selesai semua lontaran iaitu nafar thani. Adalah tidak sayugia membiarkan diri mendapat gelaran gopoh kerana gopoh adalah daripada syaitan manakala sabar dan tenang itu adalah daripada Allah.

Bahawa golongan munafik terus ada dalam masyarakat dan mereka memang pandai bersastera, berpidato dan sering mengeluarkan kata-kata yang mempesonakan. Justeru awaslah dengan golongan ini.

Golongan yang mengorbankan dirinya mereka itulah yang menuntut keredhaan Allah swt. Seumpama para pengebom berani mati yang ada di Palastin, mereka sanggup mengebom diri mereka semata-mata meninggikan Islam. Perbuatan mengebom diri untuk tujuan menambahkan derita golongan Yahudi yang kejam itu adalah satu pengorbanan yang mulia. Dr. Yusof Al-Qaradhawi sendiri telah menfatwakan bahawa kematian sebegini adalah syahid.

Islam adalah agama yang lengkap dan hendaklah dianuti secara keseluruhan. Kita orang oslam hendaklah mengelakkan diri daripada berpegang dengan teori sekular yang mangatakan "tinggalkan apa yang menjadi hak Qaisar untuk Qaisar dan apa yang menjadi hak Allah untuk Allah. Tiada hak yang diasingkan sebegini dalam Islam , sebaliknya semua adalah hak Allah swt.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. En Ladis menimbulkan persoalan mengenai bunuh diri dengan bom seperti yang dilakukan oleh para pejuang di Palastin. Apakah ini bukan bunuh diri yang terlarang dalam agama.

Ust. Kamaruddin menjelaskan perbezaan antara bom berani mati dengan perbuatan bunuh diri kerana masalah-masalah duniawi seperti hutang, putus cinta dan sebagainya. Mengebom diri tersebut bukan kerana putus asa dengan dunia sebaliknya adalah untuk menegakkan agama Allah dan menghancurkan musuh Allah. Sementara bunih diri jenis kedua itu adalah kerana putus asa daripada rahmat Allah. Putus asa daripada rahmat Allah adalah satu dosa besar.

2. En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai tawaf membahu kiri ke Kaabah. Kenapa bahu kiri ke Ka'abah sedangkan dalam banyak amalan syariat kanan didahululukan?

Ust. Kamaruddin mengulas mengenai ittiba' sunnah. Dalam amalan haji, banyak yang kita lakukan adalah atas dasar mengikut sunnah seperti mencium hajaral aswad, melontar jamrah dan sebagainya. Kita membahu kiri ke Kaabah adalah kerana mengikut sunnah nabi malah sunnah nabi Ibrahim yang terdahulu.

3. En Suradi menimbulkan persoalan mengenai solat hajat di siang hari berjemaah dan menjaharkan bacaan.

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa solat sunnat yang dibuat pada siang hari adalah di"sir"kan bacaannya sekalipun berjemaah. Sementara solat sunnat yang dibuatb dimalam hari, boleh dijaharkan bacaannya sama ada berjemaah atau berseorangan.

4. En. Suradi menimbulkan persoalan tentang Qunut Nazilah, apakah kaedah perlaksanaannya?

Diulas oleh ust. kamaruddin bahawa Qunut Nazilah dilakukan dalam solat sama ada sunat atau Fardhu selepas bangun dari rukuk rakaan terakhir solat. Pada zaman dahulu, Nabi Muhammad melakukan Qunut Nazilah mendoakan kehancuran buat kaum Ra'lin dan Zakwan yang menentang Islam.

5. En. Mahalli menimbuilkan soal tentang wuduk yang tidak batal apabila bersentuh lelaki dan perempuan.

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa ia adalah persoalan mazhab dan tidak menjadi kesalahan golongan yang berpegang bahawa wuduk tidak batal dengan sebab bersentuhan lelaki dan perempuan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP