CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 32

January 13, 2009

Muka Surat 34
Surah Al-baqarah: Ayat 216-219

ISI-ISI PENTING

  1. Allah mewajibkan peperangan demi mempertahankan agama
  2. Apa yang disukai oleh kita boleh jadi buruk untuk kita dan apa yang dibenci oleh kita mungkin baik untuk kita.
  3. Berperang dalam bulan haram adalah satu dosa besar namun perbuatan orang kafir musyrikin menghalang dakwah Islam, kafir dengan Islam, menghalang dari masuk ke masjidil haram dan menghalau orang Islam keluar daripadanya adalah lebih besar dosanya.
  4. Sesiapa yang murtad dan mati dalam kemuratadannya, maka rosaklah segala amalnya yang terdahulu dan kekallah dia dalam neraka.
  5. Orang Islam yang berhijrah meninggalkan Makah dan berjihad mempertahankan Islam, mereka adalah golongan yang mengharapkan rahmat Allah.
  6. Arak dan judi adalah diharamkan.
  7. Infaqkan harta fi sabilillah adalah diambil dari lebihan setelah dibelanjakan untuk keluarga.
KOMEN/ULASAN

Ust Kamaruddin menyebutkan bahawa peperangan adalah kewajiban di saat musuh cuba menginjak kehormatan Islam. Situasi di palastin sekarang, Penduduk Gaza, khusunya Hamas wajib berperang mempertahankan bumi Gaza kerana Yahudi cuba menginjak maruah umat Islam di sana. Umat Islam serata dunia secara amnya dalam keadaan wajib berpaeang dalam situasi sekarang ini.

Miskipun peperangan itu dibenci kerana akibatnya terhadap nyawa dan harta benda, Allah mengingatkan bahawa apa yang kita benci itu mungkin baik untuk kita. Perdamaian dan kemanan yang kita sukai itu mungkin buruk untuk kita. Penentuan baik dan buruk ini melebar dalam aspek-aspek kehidupan yang lain.

Bagi orang yang murtad dan mati sebelum bertaubat, dia adalah ahli neraka dan segala pahala amalnya semasa Islam telah rosak. Bagi yang bertaubat, dia perlu mengkadakan segala amalannya sebelum dan semasa murtad kerana semuanya telah rosak.

Pengharaman arak dalam Islam melalui tiga period atau peringkat. Ayat 219 adalah ayat pertama diturunkan mengenai arak dan ia belum mengharamkan arak. Umar Al-Khattab sentiasa berdoa meminta keputusan muktamad mengenai arak. Sehinggalah arak diharamkan menerusi ayat yang yang bertanya; "apakah kamu berhenti?". Ketika itu umar menyahut dengan mengatakan;"kami berhenti....kami berhenti".

'Al-Afwu' adalah lebihan daripada perbelanjaan setelah digunakan untuk diri dan keluarga.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. Hj. Osman menimbulkan persoalan mengenai maksud arak, apakah ia terhad kepada perahan anggur yang diperam sahaja atau termasuk bahan kimia yang diproses menjadi minuman memabukkan.

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa istilah 'al-Khamru' dalam ayat bermaksud menutup. Ia dinamakan 'al-khamru' kerana menutupkan akal dengan sifat mabuknya. Justeru, setiap yang memabukkan ia adalah 'al-Khamru'. Ini termasuklah bahan memabukkan yang dibuat dari bahan-bahan lain seperti sempoton, tuak, vodka dans sebagainya.

Hj. Yusuf menambahkan bahawa dadah juga termasuk dalam kelompok arak.

2. En. Ramlin menimbulkan persoalan mengenai dosa mengambil manfaat daripada arak oleh negara melalui cukai-cukai dan lesen-lesen perniagaan premis arak.

Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa dosa tersebut adalah terpikul kepada pemimpin yang meluluskannya,

Ust Syukri menambah bahawa dalam perkara arak, ada 10 jenis manusia yang dilaknat . Jika seorang pemimpin meluluskan lesen premis arak, menjadikan cukai arak sebagai sumber pendapatan negara, rakyat yang memilih pemimpin tersebut turut menanggung dosa yang sama seperti pemimpin tersebut.

Hj. Yusuf menyeru agar pemimpin yang sebegitu jangan dipilih untuk memimpin negara kita.

3. Hj. Jafar menimbulkan persoalan mengenai tapai, apakah ia termasuk arak.

Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa proses membuat tapai melalui tempoh masa tertentu. Tapai yang diperam untuk tempoh masa tertentu dengan ramuan tertentu akan bertukar menjadi arak. Tapai tidaklah haram sebelum bertukar menjadi arak. Bila tapai sudah bertukar menjadi arak, ia menjadi haram. Bila arak bertukar menjadi cuka, ia menjadi halal semula.

4. En. Suradi melontarkan persoalan mengenai amalan pertama yang dikira pada hari mahsyar iaitu solat dan dosa yang pertama dikira iaitu pertumpahan darah. Apakah maksud pertumpahan darah tersebut.

Ust. Kamaruddin mengulas maksud pertumpahan darah sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Baqarah:Ayat 30. Dalam ayat tersebut, malaikat mempersoalkan apakah Allah akan menciptakan makhluk yang menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Pertumpahan darah dalam ayat tersebut adalah bermaksud pembunuhan dan peperangan. Justeru, pertumpahan darah yang dimaksudkan dalam pertanyaan tadi tentulah pertumpahan darah sesama manusia dan tidak membabitkan haiwan dan binatang.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP