CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 35

January 21, 2009

Daurah Malam ini-20/1/2009-Selasa
Muka Surat 38
Surah Al-baqarah: Ayat 231-233


ISI-ISI PENTING

Sila rujuk terjemahan.


KOMEN/ ULASAN

Kementar permula disampaikan oleh Ust Kamaruddin. 3 Ayat pada muka surat ini membicarakan persoalan talaq, iddah, ruju', menyusukan anak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Ust Zawari menarik perhatian mengenai perbahasan yang menyeluruh yang terkandung dalam Al- Quran dan menuntut penganutnya beriman kepadanya secara total.


ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1) En. Hussein menimbulkan persoalan mengenai anak luar nikah yang dibenkan dengan datuknya.

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa perbuatan menbinkan seseorang dengan bukan bapanya adalah berdosa.


2) Hj. Jafar menimbulkan 2 persoalan:

a) Mengenai suami yang menyusu dengan isterinya, apakah hukumnya?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa suami telah melebihi 2 tahun dan penyusuan suami ke atas isterinya tidak menimbulkan apa-apa implikasi hukum.


3) Ust Azri menimbulkan persoalan mengenai kepada siapa hendak dibinkan anak yang lahir sebelum kandungan mencecah 6 bulan?

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa menbinkan dengan Abdullah adalah cara terbaik. Sepatutnya dibinkan dengan ibunya.


4) Ust. Nasir menimbulkan 2 persoalan iaitu:

a) Hukum wanita yang belum berkahwin menyusukan bayi, apakah ia memberikan implikasi hukum menjadikannya ibu susuan.

b) Siapakah yang memberikan nama-nama surah dalam Quran?

Jawapan ditangguhkan kepada Daurah berikutnya.


5) En. Samit menimbulkan persoalan mengenai :

a) Apakah anak-anak ibu susuan muhrim kepada anak susuannya?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa hukum muhrim susuan sama seperti hukum nasab bagi anak susuan dengan ibu susuannya.

b) Lafaz cerai melalui SMS dan MMS.

Ust. Kamaruddin menyebutkan bahawa majlis fatwa telah membincangkan mengenainya tidak berapa lama dahulu. Walau bagaimanapun, secara kesimpulannya, lafaz cerai melaui SMS dan MMS memerlukan niat cerai daripada suami kerana ia menduduki tempat lafaz cerai kinayah.


6) En Suradi menimbulkan beberapa persoalan iaitu:

a) Kedudukan isteri yang hilang suaminya beberapa tahun lalu disangkanya mati lalu dia berkahwin semula dengan lelaki lain. Tiba-tiba suaminya yang disangka mati itu kembali semula, maka bagaimana keadaan perempuan ini?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa jika permohonan fasakh itu telah dibawa kepada hakim dan dia difasakhkan dengan suami pertama, maka perkahwinan kedua adalah sah dan suami pertama yang pulang tiada hak lagi. Namun, jika perkahwinan kedua dilakukan hanya dengan sangkaan suami pertama sudah mati, lalu berkahwin semula, jika suami pertama pulang, suami pertama adalah berhak.

Pada masa kini, amalan lafaz taklik di Malaysia merupakan penyelesaian bagi isteri-isteri begini.

b) Adakah 5 kali kenyang menyusu bagi anak susuan itu sekaligus atau berasingan?

Ust. Kamaruddin mengulas mengatakan lima kali kenyang itu adalah hitungan yang berasingan antara satu sama lain.

c) Adakah nabi menbinkan Zaid dengan namanya?

Ust. kamaruddin mengulas bahawa nabi tidak menbinkan Zaid kepadanya tetapi manyarakat Makah memanggil Zaid bin Muhammad.

d) Solat hari raya di masjid yang padat dan tak dapat sujud, adakah sah?

Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa suasana solat Jumuat di masjidl haram pada musim haji yang dikunjungi baru-baru ini mungkin boleh menjadi contoh keabsahannya. Ramai yang solat di atas tembok masjid dan sujud serta rukuk sekadar kemampuan sahaja.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP