CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 53

March 9, 2009

Daurah Malam ini : 10/3/2009-Selasa
Muka Surat 53
Surah Ali Imran:23-29
Pengerusi : Ust. Mohd Shahran Ibrahim
Tajweed: Ust. Syukri bin Mat-Cara menyebut kalimah Allah.
Terjemahan: Hj Yusuf
Ulasan Tafsir: Ust.Kamaruddin Wahab
Ulasan Tambahan & Soalan
1) En Suradi mengemukakan soalan:
a. Apakah hukumnya memberikan nama kepada anak-anak dengan nama Allah.
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa nama Allah tidak harus digunakan sebagai nama sendiri. Namun, perlu diingat bahawa sesebuah nama menjadi nama Allah jika ia disebut dengan lafaz ma'rifah dan bukan nakirah. Sebagai contoh, nama Al-Mannan adalah nama Allah sebab ia disebut dengan lafaz ma'rifah , namun jika mannan, ia bukan nama Allah kerana ia disebut dengan lafaz nakirah.
b. Bolehkah diletakkan Abdul sebelum nama Allah seperti Abdul Qari dan sebagainya?
Ust Kamaruddin menjelaskan ia adalah dilarang kecuali pada nama yang telah masyhur sebelum jahiliah seperti Abdul Mutalib, nama Datuk Nabi.
c. Perlukan menukarkan nama yang dilarang tersebut?
Memang perlu menukarnya. Jika sulit menukar di atas dokumen pengenalan diri, tukarkan dari segi panggilan dan masyhurkan nama baru yang tidak dilarang.
2) Hj. Yusuf
a. Apakah hukumnya seorang yang sudah pergi haji, tetapi dia tetap pergi haji setiap tahun sedangkan ada saudara maranya yang belum pergi kerana kemiskinan.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa pergi ke Makkah bagi menunaikan haji kali pertama adalah wajib, manakala kali kedua dan seterusnya adalah sunat. Siapa yang pergi ke Makkah berulang kali, ia tidak dilarang untuk berbuat demikian. Namun, kebijaksanaan dalam ibadat menuntutnya mempertimbangkan untuk menaja saudara mara yang belum menunaikan haji kerana dengan cara tersebut dia akan mendapat dua kali pahala berbanding dia pergi sendiri.
b. Apakah hukumnya menyimpan duit untuk masa depan anak-anak tetapi tidak pergi melaksanakan haji.
Melaksanakan haji adalah wajib bagi yang mampu. Jika dia menyimpan untuk anak-anak, keutamaan tidak mendesak, maka dia tidak terlepas daripada kewajipan melaksanakan haji dan berdosalah jika mati tak sempat menunaikan haji.
3) Ust. Nasir
a. Bertanya mengenai maksud hadis bahawa orang yang paling bakhil adalah orang yang bila disebut nama nabi, dia tidak menjawabnya dengan solawat.
b. Apakah orang yang membunuh dirinya juga telah ditentukan oleh Qadha dan Qadar?
c. Apakah Kaedah mufaraqah daripada solat berimam dengan imam solat jema'ah? Ada pihak mendakwa bahawa kita perlu berundur daripada saf solat.
4) Hj Jaafar
Apakah hukumnya bersin dan mengucapkan "alhamdulillah" ketika sedang membaca fatihah.
5) En.Ramlin
Apakah hukumnya solat tak ikut cara nabi?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa solat tak ikut cara nabi tentulah tidak sah malah diharamkan. Namun, perlu dipastikan apakah maksud tak ikut cara nabi itu. Ia bukan bermaksud tidak ikut cara sesuatu mazhab.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP