CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 55

March 17, 2009

Daurah Malam ini : 16/3/2009-Isnin
Muka Surat 55
Surah Ali Imran:Ayat 38-45
Pengerusi: Ust. M. Shahran Ibrahim
Tajweed: Ust. Tn. Roslan-Mad Aridh Lis Sukun
Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
Ulasan Tafsir: Ust. Kamaruddin bin Wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
Ust. Syukri menimbulkan soalan mengenai nabi Isa. Baginda diangkat ke langit dan belum mati hinga sekarang. Kalau begitu dia adalah paling panjang umurnya.
Suradi menimbulkan kefahaman maksud ayat 43. Kenapa dikatakan rukuklah bersama orang yang rukuk dan tidak dikatakan sujudlah bersama orang yang sujud?
Suradi bertanyakan soalan mengenai kanak-kanak yang bercakap semasa kecil. Adakah tiga sahaja? Bagaimana kanak-kanak lain seperti anak masyitah, budak dalam kisah nabi Yusuf dan sebagainya?
Ust. Syukri menimbulkan soalan mengenai ayat 43, mengapa didahulukan sujud daripada rukuk?
Suradi bertanya soalan merujuk kepada ulasana tafsir oleh ust. Kamaruddin bahawa nabi bersabda bahawa dajal tak akan masuk ke Makkah dan Madinah. Kenapa dajal tak masuk ke sana?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP