CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 54

March 17, 2009

Daurah Malam ini : 15/3/2009-AHAD
Muka Surat 54
Surah Ali Imran:Ayat 30-37
Pengerusi: En. Suradi
Tajweed: Ust. Tn. Roslan-hukum Mad Iwadh
Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
Ulasan Tafsir: Ust. Kamaruddin bin Wahab
ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN
1) Hj. Ghafar bertanya mengenai hukum berzanji menyambut kelahiran anak.
Ust. kamaruddin menjelaskan beberapa perkara:
a) Kitab berzanji bukan Al-Quran
b)Membacanya tidak menjadi ibadah
c)Perkara-perkara yang disunatkan bagi bayi yang baru lahir ialah, memberikan nama, memasyhurkan namanya, tahnik, bercukur dan timbang rambut lalu sedekah nilai seberat timbangannya dan melaksanakan aqiqah.
d) Berzanji menyambut kelahiran bukan amalan sunnah.
e) Melakukannya tidak menjadi ibadat dan tidak disunatkan.
f) Melakukannya hanya adat kebiasaan.
g) Adat kebiasaan selagi tidak bertentangan dengan agama, boleh teruskan.
h)Sebaiknya buat yang sunnah tunjukkan.
i) Boleh raikan adat kebiasaan.
2) En Ramlin menimbulkan persoalan adat menimbang anak(Bertimbang)
Ust. Kamaruddin menyatakan bahawa itu bukan amalan yang disunatkan. Ia adalah adat kebiasaan dan jika tiada unsur kepercayaan dan amalan yang bertentangan dengan akidah dan pegangan Islam, ia kekal sebagai adat. Boleh teruskan adat yang tidak mencabar Islam.
3) En Mauluddin ( Dari Pahang) bertanya mengenai ayat seribu dinar dan mengamalkannya.
Ust. Kamaruddin menjelaskan beberapa perkara:
a) Nama ayat seribu dinar bukan datang daripada nas. Ia lahir di zaman mutaakhhirin.
b)Al-Quran adalah penawar dan rahmat untuk seluruh alam.
c) Membaca ayat Al-Quran untuk tujuan murah razeki adalah dibenarkan berdasarkan konsep Al-Quran sebagai penawar dan rahmat.
4) En Suradi menimbulkan soalan mengenai nazar ibu bapa yang meninggal, perlukah waris menunaikan nazar tersebut.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa nazar itu perlu dilaksanakan berdasarkan hadis Bukhari:
حديث ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَمَاتَتْ قَبْلَ أَنْ تَحُجَّ أَفَأَحُجَّ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَتَهُ قَالَتْ نَعَمْ فَقَالَ اقْضُوا اللَّهَ الَّذِي لَهُ فَإِنَّ اللَّهَ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ
5) Tn. Haji Yusuf bertanyakan mengenai berat amal baik dan amal jahat. Adakah orang berat amal jahat akan masuk neraka dahulu dan akan masuk syurga.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa penentuan akhir amal seseorang itu ialah timbangan mizan. Penerimaan kitab dari sebelah kiri atau kanan hanyalah petanda amal baik dan amal jahat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP