CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 59

March 30, 2009

TARIKH: 24 /03 /2009 (SELASA)
MUKA SURAT: 59
SURAH ALI IMRAN AYAT 71-77

PENGERUSI : Ust. Mohd Shahran Ibrahim
ULASAN TAJWEED : Ust Syukri Mat
TERJEMAHAN :Tn Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR : Ust Kamaruddin Wahab

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) Samit


a) Apakah kedudukan seseorang yang berbuat syirik dalam keadaan dia tidak tahu bahawa perbuatannya adalah syirik?

Ust Kama: Kejahilan adalah dimaafkan. Tetapi dia berdosa kerana kejahilan itu.

b) Apakah taubat daripada syirik diterima?

Ust. Kama: Allah maha menerima taubat, termasuk taubat orang syirik.


2). Ust. Nasir

a) Apakah orang yang berbuat syirik itu kekal dalam neraka selama-lamanya?

Ust Kama: Ya, orang syirik akan kekal selamanya dalam neraka jika mati tidak bertaubat.

Sabda Rasulullah SAW:


b) Apakah boleh beristinjak dengan bahan lain sahaja dan tidak menggunakan air dalam keadaan ada air?

Jawapan:

Boleh, memadai dengan batu sahaja. Tetapi dengan air adalah lebih afdhal. Rujuk jawapan lengkap di islamqa


c) Apakah sama ganjaran solat jemaah di rumah dan di masjid?

Ust Kama: Tentu tak sama


3) Ust. Syukri
Menimbulkan persoalan mengenai hadis bahawa barang siapa yang ada iman walau sebesar zarah, dia akan masuk ke syurga. Bagaimana jika seorang yang mensyirikkan Allah itu masih ada iman, apakah akan kekal dalam neraka?

Ust Kama: Orang yang mensyirikkan Allah adalah kekal dalam neraka. Fatwa oleh Lajnah Daimah menyebutkan perbuatan syirik seumpama menjamu sembelihan kepada jin, jika pelakunya mati dengan amalan tersebut dan tidak bertaubat, maka akan kekallah ia dalam neraka. (Rujuk)

Firman Allah SWT:

انه من يشرك بالله فقد حرم الله عليه الجنة ومأواه النار

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun".

(Surah Al-Maidah: Ayat 72)

Rasulullah bersabda:

وعن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أتاني آتٍ من ربي فأخبرني –أو قال بشرني- أنه من مات من أمتي لا يشرك بالله شيئًا دخل الجنة. فقلت: وإن زنى وإن سرق؟ قال: وإن زنى وإن سرق

" Dan daripada Abu Zar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Telah datang kepadaku seseorang memberitahuku (memberi khabar gembira kepadaku)-bahawa sesiapa yang mati dari kalangan ummatku dan dia tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, dia akan masuk ke syurga. Maka aku berkata: Apakah (akan masuk syurga) walau dia berzina atau mencuri?Katanya: Ya, walaupun dia berzina dan mencuri."


4). En. Mauluddin
Bagaimana cara solat dalam saf seorang di belakang saf yang telah penuh?


5). Hj. Osman
a) Apakah beza antara fasik dan syirik?

Ust Kama: fasik tidak merosakkan akidah sebaliknya syirik memusnahkan akidah.


6) Suradi
a) Bukankah anjing itu najis mughallazah?kenapa Ashabul kahfi membelanya?


b)Minta tafsirkan surah Al-Kahfi: Ayat 22.

Ust Kama: Akan ditafsirkan bila sampai di sana nanti.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP