CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 193

June 21, 2010

TARIKH: 21/ 06/2010
MUKA SURAT :193
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 37-40

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT ISA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF 
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ JAAFAR

Apakah bandingan antara akhirat dan dunia serta kecilnya dunia berbanding akhirat itu ada disebutkan dalam Quran?

Ust Kama: Ya, kecilnya dunia berbanding akhirat banyak sekali disebut dalam Al-Quran maupun hadis.

Firman Allah dalam Al-Quran:


سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاء وَالْأَرْضِ
 
 
a) Dalam Al-Quran Allah berfirman mengenai luasnya syurga adalah seperti luasnya langit dan bumi.

b) Allah juga menyebutkan bahawa kalau dunia punya harga di sisi Allah seberat sayap nyamuk, tentu orang kafir tidak diberi minum walau seteguk air.



2) SYAMSUDDIN FRANK

Seorang yang menang judi dan dengan wang hasil kemenangan itu digunakan untuk membina kehidupannya. Kemudian, dia ingin bertaubat. Bagaimanakah caranya hendak membersihkan hartanya daripada wang judi tersebut.

Ust Kama: Hendaklah dia membersihkan harta haram sehingga tinggal padanya harta yang halal dan bersih menurut perkiraannya.


Rujukan:

1) Islamonline
2) Islamweb



3) SABARUDDIN NASIR

Seorang itu Islam kemudian murtad dan akhirnya kembali kepada Islam. Seorang yang lain sememangnya kafir, kemudian menjadi Islam sehingga akhir hayatnya. Siapa yang lebih mendapat hidayah?

Ust Kama: Hidayah itu dilihat pada khatimahnya. Jika mati dalam Islam, dialah orang yang mendapat hidayah.

4)HJ OSMAN

Apakah benar gantung gambar dalam rumah dan membela anjing menghalang malaikat masuk ke dalam rumah?

Ust Kama: Ya...malaikat rahmat yang tidak masuk.

5) New Comer

Seorang yang mati sedangkan hidupnya bergelumang dosa. Matinya pun kerana HIV. Bagaimanakah cara kita membantunya di alam kubur?

Ust Kama: Bermohon kepada Allah agar mengampunkannya, itulah cara membantunya yang sabit dalam nas.

6) SURADI

Apakah berlainan agama boleh dikira saudara susuan jika menyusu pada seorang ibu yang Islam?

Ust Kama: Berlainan agama tidak menghalang menjadi saudara susuan. Nabi Muhammad mempunyai saudara susuan yang bukan Islam dan ikatan mahram berdasarkan susuan legitimate biarpun berlainan agama.

 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP