CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 197

June 29, 2010

TARIKH: 29/ 06/2010
MUKA SURAT :197
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 62-68

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : EN LADIS BURAW
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ JAAFAR

Ketika berbual di kedai kopi dengan kawan-kawan, ada percakapan yang mempersendakan kalimah tayyibah. Apakah kita boleh duduk bersama mereka lagi?

Ust Kama:  Jika kita mendengar orang mempersendakan ayat-ayat Allah, maka kita hendaklah menyisih daripada mereka sehingga mereka meninggalkan senda gurau tersebut.

2) SYAMSUDDIN FRANK

Ada orang menyebut nama nabi Muhammad Saw. Apakah sebutan saw termasuk dalam senda gurau?

Ust Kama:Ia tergantung kepada niat dia berkata begitu, Jika bertujuan menghina dan mempersendakan dengan diertikan Saw sebagai gergaji (Muhammad gergaji) tentulah perbuatan itu haram dan membawa kepada kekufuran.


3) MUDA AJAK

Melemparkan tuduhan kepada orang yang berjihad fi sabilillah sebagai ektremis, apakah ini termasuk dalam mempersendakan ayat Allah?
Ust Kama: Para pejuang yang ikhlas berjuang fi sabilillah adalah syiar Allah di muka bumi. Mempersendakan mereka dengan lebel tertentu adalah haram. 

4) SURADI M. ARIF

a) Kenapa nabi memaafkan Abdullah bin Ubai sedangkan baginda tidak memaafkan sesetengah yang menghina baginada?

Ust Kama: Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 66:

لا تعتذروا قد كفرتم بعد إيمانكم إن نعف عن طائفة منكم نعذب طائفة بأنهم كانوا مجرمين

"Janganlah kamu minta maaf, sesungguhnya kamu telah kufur setelah beriman. Jika kami maafkan satu pihak daripada kamu, kami mengazab satu pihak yang lain kerana mereka adalah golongan yang berdosa".


Nabi tidak menghukum Abdullah bin Ubai atas kemaslahatan masa depan. nabi tidak mahu kelak ada tuduhan bahawa baginda membunuh para sahabatnya.

b) Apakah beza antara persenda hukum Tuhan dengan tidak melaksanakan hukum Tuhan?

 Ust Kama: Persendakan hukum Tuhan menjadikan orang itu kafir. Tidak melaksanakan hukum Tuhan tertakluk kepada 3 keadaan yang menjadikan seseorang itu samada zalim, fasiq atau kafir.

c) Apakah mayat yang disiksa kerana tidak istibra' semasa kencing itu disebabkan solatnya dalam keadaan tidak suci?

Ust Kama: Hadis tersebut adalah diriwayatkan dalam saheh Bukhari dan Muslim sebagaimana berikut:

عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال: مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ (عليه الصلاة والسلام ) عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ: أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، ثم قال بلى، إنه لكبير، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ، وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ، قَالَ: فَدَعَا بِعَسِيبٍ رَطْبٍ فَشَقَّهُ بِاثْنَيْنِ، ثُمَّ غَرَسَ عَلَى هَذَا وَاحِدًا، وَعَلَى هَذَا وَاحِدًا، ثُمَّ قَالَ: لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا)) البخاري ومسلم




Daripada ibnu Abbas berkata; ” Suatu masa Rasulullah melintasi 2 kubur, lalu baginda bersabda; ” Adapun mereka berdua sedang diazab, dan mereka tidak diazab kerana dosa besar “, kemudian Nabi berkata; ” Ya, bahkan ianya dosa besar, adapun yang pertama, dia selalu melakukan Namimah, adapun yang kedua dia tidak menyucikan diri dari kencingnya “. Ibnu Abbas berkata; ” Maka Nabi memanggil seseorang agar didatangkan baginya kayu yang masih basah lalu dibelah kepada dua, kemudian ditanam yang satunya ke kubur ini dan yang lain ke kubur yang ini (kubur kedua). Kemudian baginda bersabda; ” Semoga dengannya akan dikurangkan azab mereka selama mana (kayu) masih basah

Nabi SAW menyebutkan bahawa mereka berdua yang diazab itu bukan kerana dosa besar. Kencing tak istibra' dan adu domba meropakan dua jenis dosa kecil yang memberi implikasi kehidupan bermasyarakat. Oleh itu mereka diazab dalam kubur. Ia bukan kerana solat tak sah dan sebagainya. Solat tak sah adalah dosa besar jika disengajakan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP