CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 211

August 3, 2010


TARIKH
03/08/2010
SURAH
YUNUS : 21-25
MUKA SURAT
211
PENEGERUSI
EN SURADI BIN M.ARIF
ULASAN TAJWEED

EN. SURADI BIN MOHD ARIF
TERJEMAHAN AYAT
HJ. YUSUF BIN OMAR
TAFSEER AYAT
UST KAMARUDDIN WAHAB

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SURADI

a) Apakah kanak-kanak yang mati semasa kecil mempunyai buku catatan amal?

Ust Kama: Dalam hadis nabi disebutkan: 
رفع القلم عن ثلاثة: عن المجنون المغلوب على عقله حتى يبرأ، وعن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يحتلم
 

"Diangkat qalam (tidak ditulis) daripada tiga golongan: Daripada orang gila sehingga dia waras. Daripada orang yang tidur sehingga dia terjaga. Daripada kanak-kanak sehingga dia baligh".

Justeru, kanak-kanak yang mati kecil tidak mempunyai buku catatan amal.

b) Minta penjelasan mengenai sebuah hadis Qudsi bahawa nabi Ibrahim bertemu bapanya Azar pada hari kiamat?

Ust Kama: Wallahu a'lam. Akan dijawab pada malam esok. Insya Allah!

c) Seseorang yang berniat puasa selama sebulan Ramadhan lalu dia puasa terbatal di pertengahan bulan, apakah niat sebulannya itu rosak?

Ust Kama: Mutatabi' tidak terputus dengan sebab-sebab yang tidak disengajakan.


2) HJ AYUNG HASSAN

Seseorang yang terbangun lewat untuk solat Subuh, apakah dia perlu melafazkan adaan atau tidak?

Ust Kama: Tidak perlu menyebutkan ada'an lagi kerana dia dikira solat dalam waktunya.

3) BOY

Bagaimnanakah niat puasa cara Bugis?

Ust Kama: Niat adalah dalam hati.

4) HJ. YUSUF OMAR

Apakah hukum lafaz niat? Adakah disunatkan?

Ust Kama: Hukum sunat adalah berdasarkan amalan nabi. Nabi tidak pernah melafazkan niat untuk solat. Justeru, lafaz niat tidak boleh dikatakan sunat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP