CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 212

August 4, 2010


TARIKH
04/08/2010
SURAH
YUNUS :26-33
MUKA SURAT
212
PENEGERUSI
EN SURADI BIN M.ARIF
ULASAN TAJWEED
UST. KAMARUDDIN BIN RAMLI
TERJEMAHAN AYAT
HJ. YUSUF BIN OMAR
TAFSEER AYAT
UST KAMARUDDIN WAHAB


1- Perbuatan baik dibalas dengan kebaikan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda.

2- "Az-Ziyadah" adalah melihat Allah dalam syurga.

3- Pebuatan jahat dibalas sekadar kejahatan, tidak digandakan, menunjukkan keluasan rahmat Allah buat manusia.

4- Pada hari kahirat, orang-orang musyrikin dan apa yang mereka syirikan akan dihimpunkan bersama lalu diceraikan daripada mereka dalam keadaan mereka berputusa asa.

Jawapan persoalan terdahulu:

Nabi Ibrahim bertemu bapanya Azar di akhirat:

Dinyatakan dalam sbuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Rasulullah telah bersabda:

يَلْقَى إبراهيم أباه آزر يوم القيامة ، وعلى وجه آزر قَتَرَة وغَبَرَة ، فيقول له إبراهيم : ألم أقُل لك لا تعصيني ؟ فيقول أبوه : فاليوم لا أعصيك ، فيقول إبراهيم : يا رب إنك وعدتني أن لا تخزيني يوم يبعثون ، فأي خِزي أخْزى من أبي الأبعد ، فيقول الله تعالى : إني حرمت الجنة على الكافرين ، ثم يقال : يا إبراهيم ما تحت رجليك فَيَنْظُر فإذا هو بِذِيخٍ مُتَلطِّخ ، فيُؤخذ بقوائمه فيلقى في النار

"Nabi Ibrahim akan bertemu dengan bapanya Azar pada hari Qiamat dan pada wajah Azar tanda kesusahan dan debu. Lalu berkata nabi Ibarahim kepadanya: Bukankah telah aku katakan kepadamu wahai bapa supaya jangan menderhakaiku? Maka berkatalah bapanya: Pada hari ini aku tidak akan menderhakaimu. Maka ujar nabi Ibrahim: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah janjikan daku bahawa tidak akan menghinakan daku pada hari kebangkitan, maka apakah kehinaan yang lebih teruk daripada jauhnya bapaku daripadaku. Allah SWT menjawab: Sesungguhnya Aku telah mengharamkan syurga ke atas orang-orang kafir. Kemudian dikatakan kepada nabi Ibrahim : Ya Ibrahim, lihatlah apa yang ada di bawah kakimu. Nabi Ibrahim melihat di bawah kakinya lalu didapatinya seekor serigala yang kotor comot. Nabi Ibrahim menarik kakinya dan serigala itu dilemparkan ke dalam neraka".

Sumber: Al-Meshkat


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) ANWAR TABALUN

Apakah berkumur-kumur ketika berwuduk dalam keadaan berpuasa itu makruh?

Ust Kama: Berkumur-kumur sewaktu berwuduk adalah sunat. Demikian juga hukum bersugi setiap kali hendak solat. Sama ada semasa berpuasa atau tidak. Inilah hukum asalnya. Tiada dalil yang membatalkan hukum asal ini. Pendapat yang memakruhkan bersugi sesudah gelincir matahari ketika berpuasa adalah berdasarkan pemahaman kelebihan bau mulut orang berpuasa yang disebutkan dalam hadis. Hadis itu menceritakan tentang bau mulut orang berpuasa adalah lebih harum daripada kasturi dan bukan melarang daripada bersugi atau kumur-kumur.

Justeru, kumur-kumur sewaktu berwuduk kekal sebagai perkara sunat.Kecuali jika berlebihan dalam berkumur-kumur, maka hukumnya menjadi makruh.


2) EN MOMOH

Apakah mengucapkan kalimah syahadat mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt?

Ust Kama: Kalimah syahadah adalah perkataan yang baik. Ketika kita mengucapkan perkataan yang jahat malaikat menulis sebagai dosa, maka sudah tentu mengucapkan kalimah yang baik ditulis sebagai pahala.


3) SURADI

a) Apakah ganjaran solat lima waktu adalah 50 sebagaimana kefardhuan asal di malam israk?

Ust Kama: 5 waktu menyamai Fadhilat 50 waktu. Ganjaran bagi amal solat adalah antara 10 sehingga 700 ganjaran.

b) Melebihkan had basuhan anggota wuduk adalah digalakkan kerana ia menambahkan cahaya di akhirat?Bagaimana kalau berwududk dengan menyelam dalam air sekaligus?

Ust Kama: Berwuduk sambil menyelam hendaklah disertai dengan niat. Tidak memadai dengan pukul rata segala basuhan anggota wududk ketika menyelam.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP