CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 210

August 2, 2010


TARIKH
02/08/2010
SURAH
YUNUS :15-20
MUKA SURAT
210
PENEGERUSI
EN SURADI BIN M.ARIF
ULASAN TAJWEED
EN. SURADI MAT ARIF
TERJEMAHAN AYAT
HJ. YUSUF BIN OMAR
TAFSEER AYAT
UST KAMARUDDIN WAHAB

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) ANWAR TABALUN

Apakah perbezaan antara doa selamat, doa kesyukuran dan kifarat yang menjadi amalan dalam masyarakat Melayu?

Ust Kama: Majlis doa selamat adalah salah satu daripada adat dalam masyarakat Melayu. Untuk memohon keselamatan, tidak menuntut diadakan majlis. Masyarakat melayu di zaman dahulu mempunyai satu amalan majlis tolak bala. Berbagai ritual dilakukan dalam majlis tersebut. Pengetahuan agama dan tentangan daripada para ulama telah menyedarkan masyarakat Melayu daripada meneruskan amalan tolak bala. Majlis doa selamat dijadikan pilihan buat mengikis kebiasaan salah masyarakat itu. Sejauh yang diamalkan, majlis doa selamat boleh diterima asalkan tidak mengandungi penyelewengan. Sekadar berdoa dan ada jamuan makan, tidak menjadi kesalahan. Cuma, perlu diketahui bahawa doa selamat tidak sewajibnya disertai majlis. Boleh sahaja berdoa pada bila masa sahaja.

Demikian doa kesyukuran. Sebenarnya sunnah bagi orang bersyukur bukan mengadakan majlis doa kesyukuran. Sunnah mengajarkan kita mengucapkan tahmid atau membuat sujud syukur. Sunnah juga memberi hadiah kepada orang sebagai tanda sykur. Termasuk bersedekah sebagai tanda syukur. Majlis yang dibuat boleh difahami sebagai kaedah melaksanakan sunnah tersebut.

Adapun kifarat, ialah bayaran denda untuk sesuatu kesalahan pelanggaran hududullah seperti melanggar sumpah dan bersetubuh siang hari di bulan Ramadhan.


2) HJ. YUSUF

Ulasan Tambahan: Di dalam masyarakat kita, perkataan "Inna lillahi wa inna ilahi rajiun" difahami sebagai ungkapan bila mendengar berita kematian. Padahal ungkapan tersebut adalah disunatkan untuk diucapkan di kala mendapat khabar duka dan bala bencana.

3) EN. SURADI MAT ARIF

Surah Al-Fatihah mengandungi 7 ayat. Bagaimana pula jika mazhab yang tidak menganggap basmalah sebagai sebahagian daripada fatihah?

Ust Kama: ِAllah berfirman:

وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعًا مِّنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ
Dan Sesungguhnya kami Telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.
(Surah Al-Hijr: Ayat 87)
Pendapat yang masyhur mengenai "sab'ul mathani" adalah surah Al-Fatihah.

Sama ada basmalah itu satu ayat daripada surah fatihah atau tidah, para ulama berselisih pandangan. Perbezaan pandangan tersebut boleh dirumuskan sebagaimana berikut:
a) Mazhab Syafie (dipilih oleh An-Nawawi dalam Al-Majmuk): Basmalah adalah satu ayat daripada fatihah.
b) Jumhur (Dipilih oleh Ibn Qudamah Al-Hambali dalam Al-Mughni): Basmalah bukan ayat daripada fatihah.

Penafian basmalah sebagai salat satu ayat daripada fatihah tidaklah bermaksud mengurangkan bilangan ayat dalam surah Al-fatihah. Ayat tetap 7 ayuat juga. Bagi yang mengatakan basmalah bukan sebahagian fatihah, mereka meletakkan waqaf  selepas "siratallazhi an 'an ta alaihim".


Rujuk: Islamweb

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP