CARI KANDUNGAN BLOG

AL-BAQILANI

May 21, 2017

NAMANYA MUHAMMAD BIN TAYYIB BIN MUHAMMAD BIN JAAFAR BIN ALQASIM

(338H-402H)


Dikenali sebagai Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani.


Terkenal sebagai Syeikh Sunnah.

Jurucakap Ahli Sunnah Wal-jama'ah dan Ahli Hadis. Mengikut jalan Abu hasan Al-Asy'ari.

Tokoh besar dalam mazhab Asy'ari dan mazhab maliki pada zamannya.


Jalaluddin As-Suyuti dalam kitabnya Tuhfatul Muhtadin Bi Akhbaril Mujaddidin menyenaraikannya sebagai Mujaddid bagi kurun ke-4 H

Abu Bakar Al-baqilani terkenal dengan kecerdasannya. Berlaku satu kisah antara beliau dengan raja Rom. Raja Rom telah minta kepada khlifah agar mengirimkan seorang ulama untuk dia tanyakan soalan. Lalu khalifah mengirimkan Al-Baqilani. Sebelum Al-baqilani sampai, raja Rom telah menyiapkan pintu masuk yang rendah agar ulama itu masuk mengadapnya dalam keandaan tunduk kepada. Akan tetapi, Al-baqilani telah tahu helah itu. Beliau pun masuk dalam keadaan membelakangkan.

Di depan raja Rom dia bertanya kepada para paderi yang mendampinginya.

" bagaimana keadaan isteri dan anak-anak kalian?"



Raja Rom jadi bengang lalu dia berkata:" Apakah kamu tidka tahu bahawa mereka semua tiada isteri dan anak-anak?"


Aduh...bagaimana kalian? kalian mengatakan Allah ada isteri dan anak tetapi kalian sendiri tiada anak dan isteri"

Raja Rom bertanya: Apa pendapatmu tentang Aisyah yang berzina?




Kata Abu Bakar Al-Baqilani: Aisyah itu berkahwin dan tiada anak. Maryam tidak berkahwwin tetapi ada anak. Siapakah antara keduanya lebih layak dituduh berzina? Adapun Aisyah dan Maryam di sisi kami, kami telah membebaskan kedua-duanya daripada tuduhan zina".

Berlaku perbualan antara Raja Rom dan Al-baqilani.

"Adakah nabimu itu berperang?"
"Ya!"
Adakah dia berada pada barisan hadapan?
Ya!
Adakah dia menang?
Ya!
Adakah dia pernah kalah?
Ya!
Aduh, bagaimana seorang nabi boleh kalah?
Aduh, bagimana seornag nabi boleh disalib?

Raja Rom mati kutu berhadapan dengan Abu Bakar Al-Baqilani.

Demikianlah kisah seorang ulama kurun ke-4 yang hebat.

Semoga Allah menjadikan kita sentiasa mencintai mereka.






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP