CARI KANDUNGAN BLOG

Belajar Bahasa Arab kunci ulama.

May 8, 2017

Kemahiran dalam bahasa Arab merupakan kunci penting dalam menguasai ilmu Islam. Saya tidak setuju apabila mendengar seseorang memperlecehkan seseorang yang belajar di universiti luar negara dan mengambil jurusan "lughah". Dengan alasan jurusannya lughah, maka kelayakannya untuk becakap soal agama dipertikaikan. Barangkali...hanya orang yang memilih jurusan Syariah, Usul, Hadis, dan lain-lain ilmu Islam sahaja yang berhak bercakap soal keilmuan Islam. Pandangan sedemikian mungkin kerana terpengaruh dengan konsep fakulti bahasa yang ada dalam negara dan tidak menghayati konsep fakulti bahasa di universiti Islam di Timur Tengah.

Para ulama silam adalah ahli dalam bahasa Arab. Ketika mereka mengarang kitab, kitab mereka mempunyai nilai bahasa yang tinggi. Lihat sahaja ulama mufassirin, ketika mereka menafsirkan ayat-ayat Quran, mereka menjelaskan aspek keindahan bahasa dalam Quran.

Oleh itu, para ulama wajib menguasai bahasa Arab. Bahasa Arab perlu dipelajari oleh pencinta ilmu Islam. Menguasai bahasa Arab adalah kelebihan besar bagi seseorang pelajar ilmu Islam.


 Sila rujuk:

http://www.schoolarabia.net/arabic/index_1_secondary.htm

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP