CARI KANDUNGAN BLOG

LA MANJA LA MALJAA ILLA ILALLAH!

May 22, 2017

Orang kafir menanggung dosa atas kekafiran mereka. Mereka juga menunggung dosa atas pelanggaran perintah Syarak. Walaupun mereka bukanlah Mukallaf, mereka mendapat dosa kerana tidak solat, tidak puasa dan amal ibadat lainnya.

Ini didasarkan kepada firman Allah SWT:


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ(42)قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ(43)وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ(44)وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ(45)وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ(46)حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (47)

42. (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?" 43. orang-orang Yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk Dalam kumpulan orang-orang Yang mengerjakan sembahyang; 44. "Dan Kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; 45. "Dan Kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara Yang salah, bersama-sama orang-orang Yang memperkatakannya; 46. "Dan Kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, 47. "Sehinggalah Kami didatangi oleh perkara Yang tetap diyakini". (Al-Mudastsir: 42-46)

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah menghukum mereka kerana tidak solat, sedangkan solat adalah kewajipan bagi orang Islam. Justeru, walaupun mereka kafir, mereka diazab kerana meninggalkan solat. Lalu, difahamkan bahawa dosa meninggalkan solat itu dibebankan juga kepada orang kafir. Demikianlah kewajipan-kewajipan lain yang dipikulkan kepada seorang Islam.

Orang kafir juga dihukum kerana minum, makan dan pakai segala nikmat Allah di muka dunia. Walaupun semua itu barang harus bagi orang Islam, ia adalah barang haram bagi orang kafir. Menikmatinya disifatkan sebagai dosa.

Apa dalilnya?

Lihatlah firman Allah dalam Quran:

لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا إِذَا مَا اتَّقَوا وَّآمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ثُمَّ اتَّقَوا وَّآمَنُوا ثُمَّ اتَّقَوا وَّأَحْسَنُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Tidak ada dosa bagi orang-orang Yang beriman serta mengerjakan amal Yang soleh pada apa Yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal Yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.
(Surah Al-Maidah: 93)

Makanan yang dicapai oleh orang beriman tidak menjadi dosa atas mereka dengan sebab keimanan,ketakwaan, dan amal soleh mereka. Tanpa ciri-ciri itu, segala yang mereka nikmati jadi dosa. Maka, difahamkan bahawa apa yang orang kafir nikmati dari segala nikmat yang harus itu juga Jadi haram atas mereka.

Tiada jalan melainkan perlu beriman kepada Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP