CARI KANDUNGAN BLOG

SERANGAN KE ATAS SAIDINA UTHMAN

May 4, 2021

 Uthman bin Affan adalah sahabat mulia Rasulullah SAW. Manaqibnya pun banyak. Disebutkan dalam hadis-hadis nabi yang saheh. Namun, peribadi mulia ini berdepan dengan serangan dan celaan segolongan orang terutamanya kaum Syiah. Termasuk juga kalangan Ahli Sunnah yang jahil atau terpengaruh dengan racun-racun yang ditaburkan oleh para pembenci. Antara tuduhan dan celaan kepada Uthman bin Affan ialah:

1) Beliau seorang yang mengamalkan nepotisma semasa pemerintahannya. Beliau banyak melantik individu Bani Abd Syams menjawat jawatan dalam pemerintahannya.


2) Beliau dituduh melantik beberapa orang yang tidak sepatutnya menjadi gabenor wilayah.


3) Uthman bin Affan telah memecat Saad bin Abi Waqqas daripada jawatan Gabenor Kufah dan menggantikannya dengan Al-Walid bin Uqbah. Namun, berlaku kejadian dia solat Subuh 4 rakaat kerana mabuk minum arak. Dia disebat kerana kesalahannya. Lalu Uthman memecatnya semula dan kembali melantik Saad bin Abi Waqqas.


4) Uthman telah melantik Said bin Al-As sebagai gabenor Kufah dan penduduk Kufah tidka menyukainya sehingga dia dihalau keluar Kufah.


5) Uthman melantik Abdullah bin Saad bin Abi Sarrah sebagai gabenor Mesir


Catatan:

Al-Walid bin Uqbah  bin Abi Mu'it adalah antara orang yang tidak mengakui kekhalifahan Uthman . Beliau adalah sandara seibu kepada Uthman bin Affan. Ibu mereka bernama Arwa binti Kuraiz bin Rabi'ah bin Habib bin Abd Syams.  Al-Walid bin Uqbah ini pernah diutuskan Rasulullah SAW pada masa hayatnya untuk mengambil harta zakat daripada kabilah Bani Mustaliq. Apabila dia dekat dengan penempatan mereka, kabilah Bani Mustaliq itu pun keluar untuk menyambutnya. Disangkanya mereka hendak memeranginya. Lalu diutuskan kepada Rasulullah SAW mengkhabarkan kejadian itu. Rasulullah SAW pun mempersiapkan ketumbukan tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-walid. Hasil semakan Khalid bin Al-Walid, didapati khabar itu tidak benar kerana Bani Mustaliq itu berpegang dengan Islam. Justeru,  Allah SWT menurunkan ayat Quran menjelaskan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِق بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


Bapanya Uqbah bin Abi Muit adalah kafir penetang tegar nabi SAW dan mati dibunuh secara " Sobran" selepas perang Badar.

Pada zaman kekhalifahan Uthman bin Affan, beliau telah dihukum hudud(dipukul 40 kali kerana kesalahan minum arak)

Al-Walid bin Uqbah masuk Islam pada hari pembukaan Kota Mekah . Bersamanya masuk Islam adalah Khalid bin Uqbah. Kata Abu Umar: Aku kira waktu itu umurnya baru mencapai usia baligh.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP