CARI KANDUNGAN BLOG

Tafsir Surah Hud: Ayat 1-2

May 28, 2021



الر ۚ كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ (1)

وقال أبو عيسى الترمذي : حدثنا أبو كريب محمد بن العلاء ، حدثنا معاوية بن هشام ، عن شيبان ، عن أبي إسحاق ، عن عكرمة ، عن ابن عباس قال : قال أبو بكر : يا رسول الله ، قد شبت ؟ قال : " شيبتني هود ، والواقعة ، والمرسلات ، وعم يتساءلون ، وإذا الشمس 
كورت " وفي رواية : " هود وأخواتها



Rasulullah menyatakan dalam hadis yang diriwayatkan dalam Sunan Tarmizi dengan sanadnya, menjawab pertanyaan Abu Bakar As-Siddiq tentang kenapa baginda mula beruban. Rasulullah menyatakan bahawa dia diubankan oleh Surah Hud, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mursalat, Surah Amma Yatasa alun dan Surah Izas Syams Kuwwirat. Dalam riwayat lain dinyatakan hanya sebagai HUD DAN SAUDARANYA.


Pendapat Mengenai kenapa Surah Hud dan saudaranya membuatkan Rasululah SAW Beruban:

1) Kerana di dalamnya disebutkan tentang hal ehwal hari kiamat dan kisah-kisah umat terdahulu

2) Kerana perintah supaya ISTIQAMAH yang disisipkan dalam ayat 112 Surah Hud.




Maksud ayat yang menyatakan bahawa Kitab Al-Quran itu muhkam ayat-ayatnya iaitu pada lafaznya dan mufassol pada maknanya. Dengan kata lain Al-Quran itu sempurna pada bentuknya dan juga maknanya.

Allah namanya AL-HAKIM iaitu bijaksana pada perkataan dan hukum hakamnya.

Allah namanya Al-Khabir iaitu maha teliti dan cermat mengenai akibat-akibhat bagi setiap perkara.


أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ ۚ إِنَّنِي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ (2)






1) Tidak boleh beribadat kecuali untuk Allah SWT.

2) Tugas Rasul adalah untuk memberi peringatan dan juga khabar gembira.

Rujuk :


Tafsir Ibn Kasir


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP