CARI KANDUNGAN BLOG

TAK PERGI SOLAT JUMAAT TAPI DAPAT PAHALA JUMAAT

May 21, 2021



Jangan gundah wahai orang-orang yang tidak dapat pergi solat Jumaat. Bukan kehendak kalian. Ia adalah kekangan yang di luar kemahuan kalian. Dulu masa tiada kekangan ini, kalian tidak pernah tinggalkan solat Jumaat. Kekangan sekarang ini bukan main lagi. Bersilih ganti PKPnya.Entah bila akan habis. Bila sudah PKP, nampaknya nak pergi solat JUmaat pun sudah tidak boleh. Kalau dah tak boleh, tak apalah. Jangan dicari jalan dan cara sehingga melanggar peraturan. Kalau tak pergi, solat Zohor di rumah pun, pahala solat Jumaat dapat juga. Pahala kering kata orang. Macam dosa kering, pahala kering pun ada. Atau, apa kita perlu namakannya pahala basah? Pahala keringlah lebih tepat. Duduk di rumah rehat hari Jumaat, pahala masuk kantung. Pahala ditulis dalam buku malaikat di tangan Malaikat Raqib.


Orang tidak dapat buat amalan sedangkan dia kaki amalan, jangan ingat tiadalah pahala. Stail Allah bukan stail majikan tempat kerja. Kalau pekerja tak datang kerja sebab ada halangan, hari yang tidak datang kerja itu, tiadalah gaji. Kalau jatuh sakit masa kerja, gaji pun dipotong. Allah bukan macam itu. Allah itu rahmatnya seluas langit dan bumi. Rahmat Allah mengatasi kemurkaannya. Kata-kata yang bermaksud" Dan rahmatku meluasi segala sesuatu tertulis di bawah arasy Allah. Di Luh mahfuz ditulis bahawa siapa buat jahat dia dibalas jahat dan siapa buat baik dia dibalas baik. Arasy lebih atas daripada Luh Mahfuz.



Dalam Saheh Riwayat Bukhari, dibawakan satu hadis yang boleh jadi bahan sandaran apa yang aku katakan ini.


عن أبي موسى الأشعري- رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « إذا مرض العبد أو سافر كتب الله تعالى له من الأجر مثل ما كان يعمل صحيحا مقيما » [رواه 
البخاري]


Daripada Abu Musa Asy'ari r.a katanya Rasulullah telah bersabda: Bila seseorang hamba jatuh sakit atau pergi bermusafir, Allah tuliskan untuknya pahala untuk amalnya yang dia buat masa dia sihat dan bermukim di tempatnya"


Difahamkan daripada hadis ini untuk konteks tak boleh solat Jumaat di musim Convid19 ini, kalau tidak dapat pergi solat Jumaat pun janganlah risau. Ada pahala solat Jumaat macam masa sebelum PKp dulu. Macam masa tidak ada Covid dulu.



Jangan ingat hanya kalau pergi solat Jumaat di masjid sahaja baru dapat pahala?



Pergi masjid nak dapat pahala ke nak apa?






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP