CUTI TAHUN BARU CINA
January 24, 2009
Assalamualaikum Wrm Wbt....
Daurah Al-Quran pada minggu ini dibatalkan kerana Cuti Tahun Baru Cina. Moderator pergi ke Kota Kinabalu untuk sesuatu urusan.
sekian
Assalamualaikum Wrm Wbt....
Daurah Al-Quran pada minggu ini dibatalkan kerana Cuti Tahun Baru Cina. Moderator pergi ke Kota Kinabalu untuk sesuatu urusan.
sekian
ISI-ISI PENTING
Sila rujuk terjemahan.
KOMEN/ ULASAN
Kementar permula disampaikan oleh Ust Kamaruddin. 3 Ayat pada muka surat ini membicarakan persoalan talaq, iddah, ruju', menyusukan anak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Ust Zawari menarik perhatian mengenai perbahasan yang menyeluruh yang terkandung dalam Al- Quran dan menuntut penganutnya beriman kepadanya secara total.
ISU-ISU YANG DITIMBULKAN
1) En. Hussein menimbulkan persoalan mengenai anak luar nikah yang dibenkan dengan datuknya.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa perbuatan menbinkan seseorang dengan bukan bapanya adalah berdosa.
2) Hj. Jafar menimbulkan 2 persoalan:
a) Mengenai suami yang menyusu dengan isterinya, apakah hukumnya?
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa suami telah melebihi 2 tahun dan penyusuan suami ke atas isterinya tidak menimbulkan apa-apa implikasi hukum.
3) Ust Azri menimbulkan persoalan mengenai kepada siapa hendak dibinkan anak yang lahir sebelum kandungan mencecah 6 bulan?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa menbinkan dengan Abdullah adalah cara terbaik. Sepatutnya dibinkan dengan ibunya.
4) Ust. Nasir menimbulkan 2 persoalan iaitu:
a) Hukum wanita yang belum berkahwin menyusukan bayi, apakah ia memberikan implikasi hukum menjadikannya ibu susuan.
b) Siapakah yang memberikan nama-nama surah dalam Quran?
Jawapan ditangguhkan kepada Daurah berikutnya.
5) En. Samit menimbulkan persoalan mengenai :
a) Apakah anak-anak ibu susuan muhrim kepada anak susuannya?
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa hukum muhrim susuan sama seperti hukum nasab bagi anak susuan dengan ibu susuannya.
b) Lafaz cerai melalui SMS dan MMS.
Ust. Kamaruddin menyebutkan bahawa majlis fatwa telah membincangkan mengenainya tidak berapa lama dahulu. Walau bagaimanapun, secara kesimpulannya, lafaz cerai melaui SMS dan MMS memerlukan niat cerai daripada suami kerana ia menduduki tempat lafaz cerai kinayah.
6) En Suradi menimbulkan beberapa persoalan iaitu:
a) Kedudukan isteri yang hilang suaminya beberapa tahun lalu disangkanya mati lalu dia berkahwin semula dengan lelaki lain. Tiba-tiba suaminya yang disangka mati itu kembali semula, maka bagaimana keadaan perempuan ini?
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa jika permohonan fasakh itu telah dibawa kepada hakim dan dia difasakhkan dengan suami pertama, maka perkahwinan kedua adalah sah dan suami pertama yang pulang tiada hak lagi. Namun, jika perkahwinan kedua dilakukan hanya dengan sangkaan suami pertama sudah mati, lalu berkahwin semula, jika suami pertama pulang, suami pertama adalah berhak.
Pada masa kini, amalan lafaz taklik di Malaysia merupakan penyelesaian bagi isteri-isteri begini.
b) Adakah 5 kali kenyang menyusu bagi anak susuan itu sekaligus atau berasingan?
Ust. Kamaruddin mengulas mengatakan lima kali kenyang itu adalah hitungan yang berasingan antara satu sama lain.
c) Adakah nabi menbinkan Zaid dengan namanya?
Ust. kamaruddin mengulas bahawa nabi tidak menbinkan Zaid kepadanya tetapi manyarakat Makah memanggil Zaid bin Muhammad.
d) Solat hari raya di masjid yang padat dan tak dapat sujud, adakah sah?
Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa suasana solat Jumuat di masjidl haram pada musim haji yang dikunjungi baru-baru ini mungkin boleh menjadi contoh keabsahannya. Ramai yang solat di atas tembok masjid dan sujud serta rukuk sekadar kemampuan sahaja.
ISI-ISI PENTING
ULASAN/KOMEN
ISU-ISU YANG DITIMBULKAN
1)Ust Tn Roslan menimbulkan isu mengenai harta yang ibu yang dinamakan dengan nama bapa sewaktu hidupnya, apakah setelah si ibu mati , si bapa dikirakan makan harta abnak yatim?
Ust Kamaruddin memberi pandangan: Harta tersebut bukan lagi harta anak yatim kerana ia telah dihibahkan isteri kepada suaminya semasa hayatnya.
2) Hj. Osman menimbulkan dua persoalan:
Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa kehalalan menikahi wanita ahli kitab bagi lelaki muslim adalah dalam kondisi wanita tersebut masih dalam agamanya.
Sama ada menyebut wasallam atau wasallim adalah bergantung kepada bagaimana ia dimulakan. Jika dimulakan dengan allahumma solli, maka wasallim pada penghujungnya. Jika wasallallahu...maka wasallam di hujungnya.
3) En Suradi menimbulkan permasalahan perbuatan mencampurkan harta anak yatim dan sendiri, bagaimana melaksanakan kewajipan zakat ke atas harta tersebut?
Ust Kamaruddin menyebutkan bahawa mencampurkan harta sendiri dengan harta anak yatim sehingga tidak dapat dikenali mana satu hak sendiri dan mana satu bahagian anak yatim adalah perbuatan yang salah dan dosa.
4) En. Samit menimbulkan persoalan mengenai isteri yang didatangi haid selepas persetubuhan dan sebelum mandi junub, bagaimana cara mengangkat hadas besarnya?apakah perlu mandi dahulu bagi junub persetubuhan?
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa berbilang junub cukup dengan sekali mandi mengangkat hadas besar sahaja.
5) En Suradi menimbulkan persoalan mengenai 5 saktah dalam solat, apakah 5 saktah tersebut?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa saktah tersebut adalah berhenti seketika di antara satu perbuatan dalam solat ke satu yang lain. Tempat-tempat saktah tersebut akan dihuraikan pada malam esok.(Rujukan 1, Rujukan 2,
Read more...
ISI-ISI PENTING
Keharusan melakukan nafar awal dalam ibadah haji bagi yang ingin bersegera meninggalkan Mina.
Golongan munafik itu apabila dinilai perkataannya, ia amat mempesonakan si pendengar tetapi hatinya sangat busuk dan menentang islam.
Orang munafik suka membuat kerosakan di muka bumi dengan merosakaan sumber makanan dan perekonomian orang-orang Islam.
Mereka tidak mengendahkan peringatan malah bertambah sombong sehingga dengan sebab kesombongan mereka, mereka tega berbuat dosa, maka balasan mereka adalah neraka.
Bagi orang yang beriman pula, mereka sanggup mengorbankan diri demi mendapat keredhaan Allah.
Orang beriman hendaklah masuk ke dalam Islam secara keseluruhan dan bukan membawa ideologi sekular.
KOMEN
Ust. Kamaruddin menyebutkan bahawa nafar awal itu diharuskan namun Allah menyifatkan bahawa mereka yang berbuat nafar awal itu dalam kegopohan manakala yang bertakwa akan menyempurnakan sehingga selesai semua lontaran iaitu nafar thani. Adalah tidak sayugia membiarkan diri mendapat gelaran gopoh kerana gopoh adalah daripada syaitan manakala sabar dan tenang itu adalah daripada Allah.
Bahawa golongan munafik terus ada dalam masyarakat dan mereka memang pandai bersastera, berpidato dan sering mengeluarkan kata-kata yang mempesonakan. Justeru awaslah dengan golongan ini.
Golongan yang mengorbankan dirinya mereka itulah yang menuntut keredhaan Allah swt. Seumpama para pengebom berani mati yang ada di Palastin, mereka sanggup mengebom diri mereka semata-mata meninggikan Islam. Perbuatan mengebom diri untuk tujuan menambahkan derita golongan Yahudi yang kejam itu adalah satu pengorbanan yang mulia. Dr. Yusof Al-Qaradhawi sendiri telah menfatwakan bahawa kematian sebegini adalah syahid.
Islam adalah agama yang lengkap dan hendaklah dianuti secara keseluruhan. Kita orang oslam hendaklah mengelakkan diri daripada berpegang dengan teori sekular yang mangatakan "tinggalkan apa yang menjadi hak Qaisar untuk Qaisar dan apa yang menjadi hak Allah untuk Allah. Tiada hak yang diasingkan sebegini dalam Islam , sebaliknya semua adalah hak Allah swt.
ISU-ISU YANG DITIMBULKAN
1. En Ladis menimbulkan persoalan mengenai bunuh diri dengan bom seperti yang dilakukan oleh para pejuang di Palastin. Apakah ini bukan bunuh diri yang terlarang dalam agama.
Ust. Kamaruddin menjelaskan perbezaan antara bom berani mati dengan perbuatan bunuh diri kerana masalah-masalah duniawi seperti hutang, putus cinta dan sebagainya. Mengebom diri tersebut bukan kerana putus asa dengan dunia sebaliknya adalah untuk menegakkan agama Allah dan menghancurkan musuh Allah. Sementara bunih diri jenis kedua itu adalah kerana putus asa daripada rahmat Allah. Putus asa daripada rahmat Allah adalah satu dosa besar.
2. En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai tawaf membahu kiri ke Kaabah. Kenapa bahu kiri ke Ka'abah sedangkan dalam banyak amalan syariat kanan didahululukan?
Ust. Kamaruddin mengulas mengenai ittiba' sunnah. Dalam amalan haji, banyak yang kita lakukan adalah atas dasar mengikut sunnah seperti mencium hajaral aswad, melontar jamrah dan sebagainya. Kita membahu kiri ke Kaabah adalah kerana mengikut sunnah nabi malah sunnah nabi Ibrahim yang terdahulu.
3. En Suradi menimbulkan persoalan mengenai solat hajat di siang hari berjemaah dan menjaharkan bacaan.
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa solat sunnat yang dibuat pada siang hari adalah di"sir"kan bacaannya sekalipun berjemaah. Sementara solat sunnat yang dibuatb dimalam hari, boleh dijaharkan bacaannya sama ada berjemaah atau berseorangan.
4. En. Suradi menimbulkan persoalan tentang Qunut Nazilah, apakah kaedah perlaksanaannya?
Diulas oleh ust. kamaruddin bahawa Qunut Nazilah dilakukan dalam solat sama ada sunat atau Fardhu selepas bangun dari rukuk rakaan terakhir solat. Pada zaman dahulu, Nabi Muhammad melakukan Qunut Nazilah mendoakan kehancuran buat kaum Ra'lin dan Zakwan yang menentang Islam.
5. En. Mahalli menimbuilkan soal tentang wuduk yang tidak batal apabila bersentuh lelaki dan perempuan.
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa ia adalah persoalan mazhab dan tidak menjadi kesalahan golongan yang berpegang bahawa wuduk tidak batal dengan sebab bersentuhan lelaki dan perempuan.
Read more...© Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP