CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 60

April 4, 2009

TARIKH: 29/03/09 (AHAD)
MUKA SURAT: 60
Surah Ali Imran: Ayat 78-83

PENGERUSI : Ust. Syukri Mat
ULASAN TAJWEED : Ust rashid

TERJEMAHAN :Tn Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR : Ust Kamaruddin Wahab



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1). Ust. Syukri

a) Ulasan tambahan: Al-Quran dijamin oleh Allah daripada sebarang pindaan dan perubahan sebagaimana yang telah menimpa kitab-kitab sebelumnya.

b) Soalan:Apakah golongan ahli kitab dikira berdosa kerana mereka mengikut kitab yang dipinda sehingga menjadi sesat?


2). En. Mauluddin

a) Apakah beza antara Quran Al-Karim dengan Quran Majid?

Perbezaan ketara adalah dari sudut tulisannya.

b) Apakah hukumnya tafsir Quran tidak merujuk kepada hadis?

Tafsir dengan pendapat sendiri adalah haram.

c) Apakah golongan ahli kitab masih ada sekarang?

Golongan ahli kitab ada pada zaman sekarang kerana Al-Quran menyebutkannya.


3) Hj. Osman

a)Apakah orang fasik sah mewalikan nikah anaknya?

Menurut mazhab syafie, adil adalah syarat bagi wali. Jika wali tidak adil, perkahwinan itu tidak sah.


b)Apakah seseorang itu fasik kalau dia tidak berbuat dosa besar?

Fasik ialah melakukan dosa besar dan berkekalan di atas dosa kecil. Apakah mungkin ada manusia biasa yang tidak pernah melakukan dosa besar?




4). Suradi

Apakah hukumnya jika berwuduk dan tidak dihabiskan wuduk itu sehingga air wuduk kering dari anggota wuduk?

Muwalat bukan syarat sah wuduk. Oleh itu tidak mengapa jika tidak berturut-turut.




2 comments:

masuradi April 5, 2009 at 10:01 AM  

Assalaamu'alaikum ustaz,
Syabas, tahniah dan TQ kerana telah mengubah blog Dauratul Quran paparan yang lebih luas dan jelas. Semoga para pengunjung blog ini akan lebih selesa mengikutinya dan mudah-mudahan juga akan meningkatkan lagi bilangan ahli daurah yang sedia ada, insyaAllah.

masuradi April 5, 2009 at 10:10 AM  

Assalaamu'alaikum ustaz,
Saya merasakan masa Dauratul Quran yang berjalan selama ini seperti terlalu pendek dan tidak puas bagi ahli untuk mengemukakan soalan. Bukan itu saja, kalau boleh sesi kuliah dihidupkan semula kerana banyak malam-malam selepas waktu maghrib tidak terisi. Ramai ustaz2 yang belum menyerlahkan keupayaannya, tidak menjadi masalah kiranya bab solah diulangkaji. Maaf atas cadangan saya yang mewakili ahli masjid alfajr.

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP