CARI KANDUNGAN BLOG

Berkahwin dengan kitabiyyat.

October 6, 2009

Firman Allah SWT:


اليوم أحل لكم الطيبات وطعام الذين أوتوا الكتاب حل لكم وطعامكم حل لهم والمحصنات من المؤمنات والمحصنات من الذين أوتوا الكتاب من قبلكم


Pada hari Ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu Telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. barangsiapa yang kafir sesudah beriman (Tidak menerima hukum-hukum Islam) Maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.
(Surah Al-Maidah: Ayat 5)

Menikahai wanita ahli kitab adalah dibenarkan oleh Islam berdasarkan dalil yang saheh dari Al-Quran, Hadis dan amalan nabi Muhammad dan para sahabat. Walau bagaimanapun para ulama berbeza pandangan mengenai syarat-syarat untuk mengahwini wanita ahlil kitab.


Terdapat pendapat yang meletakkan dua syarat iaitu:
  • Hendaklah wania ahlil kitab itu beasal dari kaum bani Israel
  • Hendaklah wanita itu dari kalangan yang 'muhsonat' (Yang memelihara dirinya dari zina)
Kebanyakan ulama hanya mensyaratkan wanita itu hendaklah muhsonat sahaja. Adakalangan para sahabat yang mereka menikahi wanita nasrani dan wanita nasrani  itu bukan dari kalangan Bani Israel dan mereka melihat itu tidak menjadi halangan. Sungguhpun begitu,Ibn Umar melarangnya.

Walaubagaimanapun,menikahi wanita kitabiyyah hendaklah pilihan terakhir dan jika ada peluang-peluang dakwah di sana. Ia tidak harus didahulukan daripada wanita muslimah dan tidak harus dipraktikan oleh lelaki yang dibimbangi agama islamnya sendiri.


Sumber rujukan: Islamweb

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP