CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 117

October 5, 2009


TARIKH:05/10/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 117
Surah Al-Maidah:


PENGERUSI:En Suradi
ULASAN TAJWEED:Tn Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi penting


Rujuk Tafsir 


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

A)  En Momoh


Apakah perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi  munafiq pada zaman ini?

Ust Kama: Munafiq itu terbahagi kepada 2 iaitu:
  • Munafiq Aqidah
  • Munafiq sifat.
Munafiq aqidah itu menyebabkan seseorang itu keluar daripada millah dan balasan di akhirat adalah sebagaimana digambarkan Allah dalam Al-Quran:

إن المنافقين في الدرك الأسفل من النار ولن تجد لهم نصيرا

Sesungguhnya orang-orang munafiq itu akan ditempatkan di neraka yang paling bawah dan tiada bagi mereka yang dapat menolong.
(Surah An-Nisak: Ayat 145)

Munafiq sifat adalah sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW dalam sepotong hadisnya:


آية المنافق ثلاث: إذا حدَّث كذب، وإذا وعد أخلف، وإذا أؤتمن خان

Tanda orang munafiq itu tiga: Bila bercakap dia berdusta, bila berjanji dia mungkir, bila diberi amanah dia khianat.

Sekiranya kita memiliki sifat-sifat munafiq kategori pertama (wal iyazubillah) kita akan menjaid munafiq aqidah. Antara ciri-ciri munafiq aqidah yang disebutkan dalam Al-Quran ialah:

1.     Cakap lain di hati lain.
2.     Memperdaya orang-orang yang beriman.
3.     Membuat kerosakan di muka bumi dengan perkataan dan perbuatan
4.     Mempersendakan orang yang beriman.
5.     Bersumpah dusta untuk menutup kesalahan mereka.
6.     Membantu orang kafir memerangi orang beriman.
7.     Bekerja siang malam untuk menghina orang beriman dan memalukan mereka.
8.     Menguruskan siasat jahat ke tas orang beriman.
9.     Meninggalkan berhukum dengan hukum Allah.
10. Menikam belakang dan menimbulkan keraguan terhadap orang beriman.

Sumber:



B) Mr.x

1) Seseorang yang tidak membayar zakat harta, apakah ia menjadi murtad?

Jika seseorang tidak membayar zakat, baik fitrah maupunn harta, sementara dia masih mengakui kewajipan zakat itu, dia dikira melakukan dosa besar. Tetapi jika dia mengengkari kewajipannya, dia menjadi murtad. 

2) Apakah hukumnya berikan zakat 2 kali?  Kali pertama zakat kepada amil yang dilantik. Seterusnya diberikan sendiri kepada sasaran di kampung.Katanya zakat kepada amil itu adalah kepada kerajaan.

Ust kama: Pertama- Zakat yang wajib cuma sekali. Zakat kali kedua menjaid sunat. Kedua-Adalah satu kejahilan mengatakan ada zakat kepada kerajaan. Amil yang dilantik hanya salah satu daripada 8 asnaf yang ditentukan oleh Al-Quran.

C) Pakcik Taman Bahagia

1) Bolehkah orang murtad bertaubat?

Ust Kama: Allah menerima taubat sesiapa sahaja, sekalipun daripada dosa syirik. Jika orang yang murtad bertaubat, maka hendaklah dia melunaskan semula segala amalnya yang terdahulu sebelum kejadian murtadnya kerana segala amalnya itu telah musnah. Itu juga menjadi bukti bahawa dia benar-benar bertaubat.


D) En Suradi


1)Persoalan mengenai kenapa dosa tidak bersih semasa buang air kecil boleh diazab dalam kubur?

Ust Kama : Hadis mengenai 2 orang yang diazab dalam kubur, kerana buang air kecil tidak istibra' dan kerana namimah (Adu domba) .  Kedua-duanya bukan dosa besar. Islam ingin memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya kebersihan, jasmani dan rohani. Kekotoran membawa kepada azab kubur.


2)Apakah kanak-kanak yang belum bersunat duduk antara saf boleh memutuskan saf?



c) Apakah maksud ayat 51:  إن الله لا يهدي القوم الظالمين . Apakah Allah tidak akan memberi hidayah lagi kepada orang zalim?



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP