CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 120

October 12, 2009



TARIKH:12/10/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 120

Surah Al-Maidah: 71-



PENGERUSI                           :  Ust Tn Roslan
ULASAN TAJWEED              :  Ust Tn Roslan
TERJEMAHAN                      :  Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                   :  Ust Kama



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) Ust Tn Roslan

Ulasan Tambahan: Nabi Isa mermbawa kebenaran kepada kaum Bani Israil. Baginda adalah utusan Allah yang dilihirkan oleh seorang ibun tanpa ayah. Itu merupakan tanda kekuasaan Allah yang melakukan sesuatu mengikut kehendakNya.

2) Hj. Yusuf

a) Apakah jarak masa yang munasabah antara iqamah dan azan untuk mendirikan solat?

Ust Kama: Jarak masanya boleh ditentukan jika masjid yang ada imam rawatib.


2) Mr Z.

a) Apakah benar kalau kita tidak pergi solat Jumaat dengan sebab sesuatu keuzuran, kita tidak boleh solat zohor sehinggalah solat Jumaat telah selesai?

Ust Kama: Solat sah bila masa waktu. Keesahan solat tidak digantung sudah atau belum solat jumaat. Itu cuma perkataan orang tua-tua yang tidak didasari dengan nas. Agama hendaklah didasari dengan nas.

3) Hj. Ayung

Memberi respons tentang persoalan Hj. Yusuf dalam konteks surau Al-Fajr. Apakah pandangan ahli jemaah tentang cara terbaik untuk menentukana masa iqamah selepas azan?

Ust Kama: Pada hemat saya, surau Al-Fajr tidak perlu menentukan waktu senggangan antara azan dan iqamah. Kita pulangkan kepada kebijaksanaan bilal. Ini kerana surau Al-Fajr tidak ada imam rawatib yang dilantik. Jika bilal telah melihat ada orang yang layak sebagai imam, dan tiada lagi orang mengerjakan solat sunat, dia boleh sahaja iqamah bagi melaksanakan solat fardhu berjemaah.


4) En Suradi

a) Dalam hadis, disebutkan bahawa ummat Yahudi akan berpecah kepada 71 golongan, sedangkan ummat Nasrani akan berpecah kepada 72 golongan, manakala ummat Islam akan berpecah kepada 73 golongan. Hanya satu golongan yang selamat. Sedangkan dalam Al-Quran dikatakan agama yang diterima di sisi Allah hanya Islam. Bagaimana mungkin ada kalangan yang beragama Yahudi dan Nasrani yang akan selamat dan masuk Syurga?

Ust. Kama: Yang selamat dari kalangan umat Yahudi dan Nasrani itu ialah yang beragama Islam kerana agama yang diajar oleh semua nabi-nabi adalah Islam.

b) Saya pernah menghadiri ujian bacaan Al-Fatihah. Sebilangan yang hadir bersama tidak lulus. Bagi yang tidak lulus itu, ustaz yang mengendalikan kursus itu mengatakan bacaan mereka hanya untuk diri sendiri dan tidak boleh untuk orang lain. Oleh itu tidak digalakkan mereka menjadi imam solat. Apakah maksud perkataan ustaz tersebut?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP