CARI KANDUNGAN BLOG

Daurah 121

October 13, 2009


TARIKH:13/10/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 121

Surah Al-Maidah: 77-82



PENGERUSI                           :  Ust Tn Roslan
ULASAN TAJWEED              :  Ust Sukri Muhammad
TERJEMAHAN                      :  Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR                   :  Ust Kama




ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) Tn Roslan


Ulasan: Kita perlu ada keseimbangan antara dunia dan akhirat. Terlalu menumpukan akhirat sehingga mengabaikan dunia adalah perbuatan melampau yang dilarang dalam agama.



2) En  Ar-Razziq



a) Apakah larangan melantik pemimpin kafir sebagaimana yang disebutkan dalam ayat, termasuk juga melantik pemimpin yang nubafiq dan fasiq?

Ust Kama: Larangan tersebut adalah khusus melantik orang kafir menjadi pemimpin. Orang kafir tidak sama dengan orang munafiq dan orang fasiq. Orang munafiq adalah orang menzahirkan keislamannya sedangkan batinnya kufur. Sementara orang fasiq adala orang bergelumang edngan dosa kecil dan melakukan dosa besar serta tidak bertaubat, Dalam sejarah, terdapat beberapa pemimpin yang tergolong dalam kalangan ini. Hajjaj bin Abu Yusuf As-Saqafi aalah pemimpin yang tercatat sebagai fasiq dengan sebab kezalimannya, tetapi para sahabat yang hidup pada zaman itu tidak menolak kepimpinanya. Kezaliman itu adalah haknya dengan Allah. Padahal, dia masih menghormati undang-undang Allah untuk ditegakkan dalam daulah pada masa itu.

b) Seseorang yang dinamakan mu'allaf, berapa tahun dia perlu dinamakan muallaf?

Ust kama: Tiada tempoh muktamad untuk menentukan seseorang itu berstatus muallaf. Kembali kepada maksud muallaf, iaitu mereka yang masih jinak hatinya dengan ISlam, mereka layak digelar muallaf, seberapa tahun pun mereka telah masuk Islam. Seorang yang baru masuk Islam tetapi telah mantap keislamannya seperti Ustaz Farid Ravi, Riduan Tee dan selainnya, tidaklah layak lagi dikatakan muallaf. Malah, konsep muallaf turut mencakupi orang kafir yang sedang menunjukkan minat kepada Islam dan berjinak-jinak dengan Islam. Dengan zakat, diharapkan hatinya makin cenderung kepada Islam.

Rujuk: Fatwa negeri Selangor DE



3) En Momoh

1) Apakah jika kita solat insya secara sendirian dan di masa yang lewat malam, kita disunatkan menjaharkan bacaan?

Ust Kama: Solat Insya adalah solat yang termasuk dalam solat kategori jahar bacaannya. Bila pun waktunya dan sekalipun seorang. sunnat menjaharkan bacaan itu tetap ada.


2) Apakah hukumnya solat subuh lewat kerana lewat bangun? Apakah perlu niaat Qadhaan?

Ust Kama: Solat bagi orang yang terbangin lewat subuh adalah saat dia bangin. Tidak timbul persoalan niat tunai atau qadha.Sabda nabi SAW:

من نسي صلاة أو نام عنها ، فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها ، لا كفارة لها إلا ذلك

Sesiapa yang terlupa solat atau tertidur (hingga tidak solat) maka kifaratnya ialah dengan melakukannya apabila dia ingat. Tiada kifarat baginya melainkan dengan yang demikian itu".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3) Jika kita solat subuh lewat kerana terjaga lewat, apakah perlu bacaannya dijaharkan?


3) Bagaimana jika terjaga melewati Zuhur, apakah perlu solat subuh dahulu atau zuhur dahulu? (soalan dikemukakan oleh En Arraziq)

4) En Suradi


a) Merujuk kepada hadis yang menyebutkan : siapa yang tidak suka kepada sunnahku, maka bukanlah dari kalanganku", bagaimanakah situasi seseorang yang tak kahwin disebabkan meninggal sebelum kahwin?

Ust Kama: Hadis yang dimaksudkan itu adalah hadis riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain mengenai tiga lelaki yang datang bertemu isteri nabi iaitu Aishah dan bertanya mengenai ibadat nabi SAW. Apabila diceritakab perihal ibadat nabi, mereka merasakan ibadat nabi sedikit sahaja. Tetapi sedikitnya ibadat nabi itu tidaklah boleh dituruti kerana baginda telah diampunkan dosa yang terdahulu dan kemudian. Lalu bertekadlah setiap orang untuk melakukan ibadat yang termasuk dalam 'alghuluw'. Hal itu dilarang oleh nabi dengan sabdanya:



أنتم الذين قلتم كذا وكذا ، أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له ، لكني أصوم وأفطر ، وأصلي وأرقد ، وأتزوج النساء ، فمن رغب عن سنتي فليس مني

Maksud hadis adalah mereka yang tidak mengikut sunnah nabi kerana benci. Jika tidak sengaja tidaklah termasuk dalam makna hadis. Umpama sunnah perkahwinan, bagi anak muda yang tidak mampu kahwin atau seseorang yang mati sebelum sempat berkahwin, tidaklah dia termasuk dalam makna hadis tersebut.


b) Apakah hukumnya menempah tanah perkuburan sebelum mati sebagaimana yang dilakukan sesetengah orang?

Ust Kama: menempah tanah perkuburan adalah haram jika tanah perkuburan tersebut adalah tanah waqaf. Namun jika ia tanah persendirian, tidaklah menjadi masalah. Kemungkinan akan tiba satu masa, tanah perkuburan menjadi perniagaan lantaran sempitnya kawasan. Ketika itu, lahir pengusaha-pengasa yang menawar ruang tanah perkuburan lalu ada orang yang membuat tempahan, maka dalam kondisi itu, tidaklah dilarang.



5) En Samit


 Apakah hukumnya zakat dikeluarkan tidak melalui amil?

Ust Kama: Amil hanya salah satu daripada lapan asnaf yang layak menerima zakat. Jika seseorang itu mahu memberikan zakat kepada orang lain selain amil, asalkan termasuk dalam lapan asnaf, maka tidaklah menjadi larangan dari segi syarak. Malah dalam situasi tertentu, orang berada patut mengeluarkan zakat sendiri kepada asnaf yang terdiri dari fakir, miskin, fi sabililah, orang berhutang, orang terlantar, muallaf dan hamba tebusan. Ini bagi merapatkan hubungan si kaya dengan mereka yang memerlukan dan mengikis dengki khianat kepada si kaya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP