CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 150

February 15, 2010


TARIKH: 15/02/2010
MUKA SURAT : 150
SURAH AL'AN'AM: 158-165

PENGERUSI            : SURADI
TAJWID                   : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN        : HJ. YUSUF
TAFSIR                    : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ JAAFAR
Apakah kedudukan orang kaya yang banyak bersedekah tetapi tidak mendirikan solat.

Ust Kama: Sesiapa yang berbuat baik walau sebesar zarah, dia akan mendapat balasan apa yang dilakukannya. Demikianlah sebaliknya. Justeru, sedekah-sedekah yang dibuat oleh orang kaya tersebut akan diberikan ganjaran pahala sesuai dengan kadar amalnya. Selagi ada iman dalam hati walau sebesar zarah, maka sedekahnya itu adalah nilainya di hari akhirat. Namun, meninggalkan solat adalah dosa besar. 

2) EN MOMOH
Mendengar janji Allah bahawa satu kebaikan dibalas 10 kali ganda dan lebih, apakah ini merupakan satu harapan buat kita.

Ust Kama: Ya..ia merupakan satu harapan. Allah mempunyai rahmat yang luas. Rahmat Allah tersebut tergambar dalam skim pemberian pahala sebagaimana yang digambarkan dalam aayat 160 surah Al-An'am. Namun, perlu diingat bahawa pahala yang banyak dan datang bertemu Allah dengan pahala yang banyak itu belum tentu selamat. Ada beberapa amalan yang boleh merosakkan pahala tersebut sebagaimana disebutkan dalam hadis mengenai hasad yang memakan kebaikan dan hadis yang menceritakan tentang nasib si muflis di akhirat.

3) HJ OSMAN

Apakah hukumnya orang mendengar azan tetapi tidak menyahut azan?

Ust Kama: Hadis-hadis mengenai tuntutan solat berjemaah banyak sekali. Antaranya hadis yang mencela orang yang tidak solat berjemaah padahal rumahnya berjiran dengan masjid.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tiada Solat bagi yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid. 

4) EN LADIS
Apakah orang kafir yang memberi angpau mendapat pahala di akhirat dan apakah hukumnya orang  yang menerima angpau?
Ust Kama: Orang kafir yang mendermakan hartanya dan berbuat baik, segala infaq dan dermanya tidak boleh menyelamatkannya daripada neraka. Saidatina Aishah RA pernah bertanya Rasulullah SAW mengenai Abdullah bin Jad'an, seorang bangsawan Quraisy yang terkenal dengan sifat dermawan dan banyak membantu orang susah, adakah segala amal perbuatan baiknya itu boleh memberi manfaat kepadanya di hari akhirat? Rasulullah menjawab:

لا إنه لم يقل يوماً رب اغفر لي خطيئتي يوم الدين


"Tidak (tidak memberi manfaat semua itu), sesungguhnya dia tidak pernah menyebutkan walau seharipun "wahai Tuhanku, ampunkan kesalahanku pada hari kiamat".






5)EN. SURADI
Apakah kisah nabi Isa yang akan turun di akhir zaman untuk membunuh dajal dan bertindak sebagai mujaddid terakhir Islam itu merupakan janji Allah bahawa akhirnya Baitul Maqdis akan jatuh ke tangan Islam?
Ust Kama: Ya...begitulah kiranya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP