CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 155

February 28, 2010

TARIKH: 28 / 02/2010
MUKA SURAT : 155
SURAH AL-A'RAF: AYAT 38-43

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST TUAN ROSLAN TUAN MUDA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) EN SABARUDIN NASIR

Ke mana perginya roh orang-orang jahat yang tidak dibenarkan naik ke langit?


2) UST SUKRI MAT

a) Disebutkan dalam ayat 43 bahawa Allah mencabut rasa dengki daripada orang beriman yang telah berjaya mendapat syurga. Apakah ini menunjukkan bahawa orang yang ada perasaan dengki boleh masuk ke syurga juga?

Ust Kama: Seseorang yang berat timbangan amal baiknya ke syurga.  Perasaan dengki adalah naluri manusiawi yang tidak dapat dielakkan. Perasaan tersebut tidak ada di kalangan ahli syurga. Mereka akan dibersihkan daripada perasaan tersebut sebelum menjejaki kaki ke dlaam syurga.

b) Disebutkan dalam ayat 43 bahawa Allah yang mencabutkan perasaan dengki daripada diri seseorang. Bermakna dia yang memasukkan dan menghilangkannya. Justeru, kenapa disalahkan seseorang atas kedengkiannya?

Ust Kama: Dalam perbahasan perbuatan hamba sebelum ini, telah dinyatakan bahawa Allah telah menentukan amal seseorang. Namun, ketentuan itu adalah dalam ilmu Allah. Ia adalah lambang sifat Qudrat dan Iradat Allah. Dia berkuasa atas segalanya dan menentukan segalanya. Namun manusia diberikan ikhtiar. Itulah usaha yang manusia boleh lakukan. Soal ketentuan azali, itu adalah hak Allah. Hak manusia adalah berusaha.

3)UST RASHID SALLEH

Ulasan Tambahan: Dalam ayat 38 dinyatakan bahawa pemimpin dan rakyat akan saling menyalahkan antara satu sama lain setelah mereka dimasukkan ke neraka atas kedurhakaan masing-masing. Oleh itu, kita hendaklah memilih pemimpin yang beriman dan menegur pemimpin yang lari dari panduan Allah SWT. Kita tidak boleh ikut membabi buta kerana kelak di akhirat kita akan berbalah dengan mereka dan saling hendak melepaskan diri.

4) HJ OSMAN ARAJI

Apakah hukumnya lambang Allah dan Muhammad di topi polis yang mana kekadang dibawa masuk ke tandas?

5) MOMOH

Soal mungkar....bagiamana dengan seseorang yang mati tidak berkubur?

Ust Kama: Soalan mungkar dan nakir di alam barzakh. Bukan dalam ruang kubur dalam tanah. Oleh itu semua orang mati  ada kuburnya.


6) SURADI


a) Ada kalangan jin ada yang Islam. Siapakah yang mengislamkan jin?

Ust Kama: Jin adalah salah satu daripada dua "tsaqalain" dalam dunia ini. Jin bukan anak-anak Iblis. Jin adalah makhluk tersendiri sebagaimana manusia juga. Kalangan mereka ada yang beriman dan ada yang kafir sebagaimana manusia juga.

b) Apakah kaitan di antara dua ayat berikut?
i) لقد خلقنا الإنسان في أحسن تفويم
ii) ثم رددناه أسفل سافلين

Ust Kama: Allah mencipta manusia dengan  sebaik-baik ciptaan (struktur fizikal maupun mental) menyebabkan manusia lebih baik daripada makhkluk lain. Kesempurnaan kejadian ini, akan kembali kepada asalnya (tanah) yang hina. Kehinaan tanah akan menjadi kesudahan manusia kecuali mereka yang beriman dan berbuat amal soleh semasa di dunia. Mereka akan tetap mulia.

c) Doa taubat yang dibaca nabi  Adam AS, siapa yang ajar?

Ust Kama: Allahlah yang mengajar segala ilmu yang Adam miliki.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP