CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 153

February 23, 2010

TARIKH: 22 / 02/2010
MUKA SURAT : 153
SURAH AL-A'RAF: AYAT 23-30

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
ULASAN TAFSEER         : UST KAMA

Isu-isu yang disentuh:

Perbahasan tentang kenyataan bahawa manusia tidak melihat syaitan:Rujukan 1,




ULASAN DAN PERSOALAN

1) UST TN ROSLAN

Ulasan Tambahan:

a) Lanjutan kepada beberapa kelebihan tanah yang disenaraikan semalam, tanah juga punya kelebihan untuk menghilangkan bau kesan mayat.

b) Ajaran sesat di Bentong Pahang.


2)PAKCIK SALEH BIN WALI

Apakah hukumnya solat subuh tidak berqunut?

Ust Kama: Pakcik pernah pergi di Makkah?Jutaan jemaah haji di Makkah setiap tahun solat subuh tidak berjemaah?Apakah kita meragui sahnya solat subuh mereka?

Apa yang jelas, qunut bukan wajib. Solat subuh tanpa doa qunut tidak mecacatkan solat subuh. Cuma dalam mazhab syafie, ia dihukum sunat. Meninggalkannya digantikan dengan sujud sahwi.

3) EN SAMIT

a) Apakah seseorang yang telah ditetapkan ke neraka akan kembali ke syurga akhirnya?

Ust Kama: Seseorang yang ada iman walau sebesar zarah dalam hatinya, akan kembali ke syurga, biarpun disiksa dalam neraka beberapa "ahqaba".

b) Terdapat dakwaan seroang penyanyi British bahawa nabi Isa adalah homoseks. Bagaimanakah hendak menyangkal dakwaan ini?

Ust Kama: Pendapatnya itu berasaskan akidah kristian yang salah. Nabi Isa tidak disalib malah diangkat ke langit. Ketika diangkat, usianya 33 tahun dan sememangnya dia belum berkahwin ketika itu. Dalam riwayat tertentu, dinyatakan bahawa apabila nabi Isa turun di akhir zaman bagi membunuh dajal, baginda akan berkahwin sebagai tanda mengikut syariat Muhammad SAW.



4) HJ YUSUF

Ada sesetengah ustaz/ bomoh yang membuat perundingan dengan jin yang merasuk seseorang untuk keluar dari tubuh yang dirasuknya dengan tawaran tertentu. Apakah komentar ustaz?

Ust Kama: Jin atau syaitan merasuk manusia memang benar. Terdapat beberapa dalil syarak yang boleh disandarkan tentang kemungkinan terjadinya perkara ini. Antaranya penjelasan nabi bahawa syaitan boleh masuk ke dalam tubuh manusia dan bergerak di dalamnya sebagaimana mengalirnya darah.

Selagi mana rundingan yang dilakukan antara pengamal rawatan makhluk halus itu tidak mengandungi unsur syirik dan maksiat, tidaklah menjadi masalah.


5)HJ OSMAN

Apakah beza antara Iblis dan syaitan?

Ust Kama: Iblis adalah nama bagi syaitan utama yang dahulunya menderhaka kepada Allah kerana enggan sujud kepada Adam AS. Sementara Syaitan adalah zuriat Iblis. Termasuklah Syaitan dari kalangan jin dan manusia.


6) ABU ZAR

a) Apakah benar mimpi boleh ditafsirkan?

Ust  Kama: Mimpi ada dua. Satu dari Allah dan satu daripada Syaitan.
Tafsir mimpi berlaku di zaman nabi Yusuf. Ia juga berlaku dalam kisah nabi Musa dan Firaun. Nabi juga mentafsirkan mimpinya tentang masuk kota Makkan untuk melaksanakan haji. Justeru, bagaimana kita boleh menolak bahawa mimpi mempunyai tafsirannya?


b) Apakah hukumnya jika jin yang menghuni badan seseorang itu yang mentafsirkan mimpi?

Ust Kama: Menggunakan jin untuk mentafsirkan mimpi adalah perbuatan syirik. 

7) SALLEH ENTU

Ulasan Tambahan: Perlu mencontohi nabi Adam dalam bertaubat kepada Allah.

8) EN MOMOH

Mengenai seseorang yang berbuat amal baik untuk satu  tempoh panjang tetapi ketetapan azali atasnya ialah ahli neraka. Tiadakah pertimbangan lain untuk ke syurga?

Ust Kama: Kenyataan bahawa seseorang itu ditentukan kesudahannya adalah thabit berdasarkan hadis yang soheh. Banyak ayat Quran juga menyebutkan dalam nada yang sama. Ini adalah persoalan iman kepada qadha dan qadar. Ini tidaklah bermakna kita hanya berserah kepada takdir. Kita tidak pernah tahu apa yang ditakdirkan kerana ia tersimpan dalam ilmu Allah. Amal untuk jangka masa lama tetapi kesudahan ke neraka adalah satu ketentuan yang mana Allah sahaja yang terlebih mengetahui rahsianya. Ini telah berlaku kepada Barsisa, seorang abid bani Israil yang kisahnya diceritakan dalam hadis. Seorang yang tidak pernah buat amal baik dan telah membunuh 100 orang,. tetapi masuk syurga kerana ketentuan azalinya ke syurga. Kisah ini juga disebutkan dalam hadis. Dua kisah ini adalah contoh buat memahamkan kita apakah makna ketentuan azali tentang syurga dan neraka.

Pertimbangan lain untuk ke syurga adalah kepada faktor sokongannya iaitu amal, doa dan hubungan baik engan Allah. Namun faktor penentunya adalah Allah SWT.


9)EN SURADI

a) Ayat 25: Apakah maksud bumi sebagai tempat tinggal itu termasuk darat dan air?

Ust Kama: Sememangnya apabila Allah mengatakan bahawa "bagi kamu (hai Adam dan keturunan) di bumi sebagai tempat tinggal", ia termasuk lautan dan daratan. Kerana yang namanya bumi itu adalah lautan dan daratan.

b) Ayat 27: Apakah Syaitan ada taraf dan pangkat?

Ust Kama: Syaitan ada tenteranya. Sesuai dengan nama tentera, tentulah ada beberapa pangkat.Namun apakah pangkatnya adalah seperti pangkat ketenteraan kita yang ada namanya  kopral,  sarjan, mejar, leftenan dan panglima, wallahu a'lam.

c) Benarkan Allah menjadi wali pernikahan Ali dan Fatimah dan pernikahan Aishah dengan nabi?

Ust Kama: Wali pernikahan Fatimah dan Ali  adalah rasululah sendiri. Pernikahan nabi dengan Aishah pula adalah Abu Bakar.



Bacaan tambahan:

1) Kalangan Jin ada yang beriman dan ada yang tidak beriman. 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP