CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 154

February 23, 2010

TARIKH: 23 / 02/2010
MUKA SURAT : 154
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) SAMIT

Ada pendapat mengatakan bahawa kitab amal yang baik berada di atas langit dan kitab amal buruk pula di bawah bumi. Apakah pendapat ini benar?

Ust Kama: Kitab orang baik dalam illiyyin. Iliyyin itu Allah yang tahu tempatnya. . Firman Allah SWT:


كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ * كِتَابٌ مَرْقُومٌ * يَشْهَدُهُ الْمُقَرَّبُونَ * إِنَّ الأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ * عَلَى الأَرَائِكِ يَنظُرُونَ * تَعْرِفُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ النَّعِيمِ
Sekali-kali tidak, Sesungguhnya Kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam 'Illiyyin Tahukah kamu apakah 'Illiyyin itu? (yaitu) Kitab yang bertulis, Yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan (kepada Allah).esungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga). Mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan mereka yang penuh kenikmatan.
(Surah Al-Mutaffifin: Ayat 18-24)

2) HJ OSMAN
Apakah hukumnya membunuh semut yang menimbulkan gangguan kepada keselesaan hidup kita?


Ust Kama: Membunuh semut atau apa-apa serangga yang mengganggu keselesaan hidup kita adalah diharuskan tetapi hendaklah mengelakkan   membunuhnyan dengan api. Hadis Rasulullah menyebut:
 
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( خَمْسٌ مِنَ اَلدَّوَابِّ كُلُّهُنَّ فَواسِقٌ, يُقْتَلْنَ فِي اَلْحِلِّ وَ اَلْحَرَمِ: اَلْغُرَابُ, وَالْحِدَأَةُ, وَالْعَقْرَبُ, وَالْفَأْرَةُ، وَالْكَلْبُ اَلْعَقُورُ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari 'Aisyah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Ada lima binatang yang semuanya fasiq(berbahaya), yang boleh dibunuh sama ada di tanah halal dan tanah haram, iaitu: kala jengking, burung helang, burung gagak, tikus dan anjing liar." Muttafaq Alaihi.
Berdasarkan hadis ini, boleh difahami bahawa perintah membunuh binatang di atas adalah disebabkan gangguan yang ditimbulkan oleh mereka. Oleh itu, semua binatang yang menimbulkan gangguan, boleh lah dibunuh.

Rujuk Fatwa Bin  Baz


Beberapa dalil lain:

1) Kisah semut dan nabi Sulaiman. Semut memerintahkan rakyatnya masuk dalam lubang kerana ditakuti dipijak oleh nabi Sulaiman dan tenteranya. Ini menunjukkan terpaksa  memijak semut yang mengganggu perjalanan bukanlah satu kesalahan.

Kisah sahabat yang membunuh ular dalam rumahnya juga menjadi dalil keharusan membunuh binatang yang menimbulkan gangguan.


3) HJ SAMSUDDIN

a) Apakah kita orang Islam dibenarkan membela anjing?

Ust Kama: Membela anjing harus dibela jika ada tujuannya.


Catatan:

Terdapat amaran dalam hadis bagi yang membela anjing tanpa tujuan yang dibenarkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

من أمسك كلباً فإنه ينقص كل يوم من عمله قيراط إلا كلب حرث أو ماشية
Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap pahalanya berkurangan satu qirath.
(Hadis Muttafaq Alaih)

Baca: Soidul Fawaid

Firman Allah SWT:



يَسْأَلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِّنَ ٱلْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ ٱللَّهُ فَكُلُواْ مِمَّآ أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَٱذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَيْهِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ
Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?". Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang Telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang Telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.
(Surah Al-Maidah:Ayat 4)

b) Apakah air liur angjing najis?

Ust Kama: Air liur anjing adalah najis berdasarkan hadis Rasulullah SAW:



إذا ولغ الكلب في إناء أحدكم فليرقه ثم ليغسله سبع مرارٍ
" Apabila anjing menjilat air dalam bejana seseorang kamu, hendaklah dituangkan air itu dan basuhlah bejana itu 7 kali".
(Hadis Riwayat Muslim)



Namun, menurut Ibn Taimiyyah Rahimahullah dan juga Alhafiz Ibn Hajar, air liur anjing  buruan yang menggigit mangsa buruannya tidaklah najis kerana tidak thabit perintah Rasulullah agar mencucinya sebelum dimakan.

Syeikh Ibn Uthaimin menjelaskan bahawa ada beza antara antara jilat dengan gigit. Apabila anjing menjilat, keluar daripada perutnya bahan yang memberi mudharat kepada orang yang menggunakan air itu. Tetapi bahan itu tidak keluar apabila anjing menggigit.

Terdapat 3 pandangan ulama mengenai hukum berkaitan anjing:

1) Pendapat Malik: Anjing adalah suci, hatta air liurnya.
2) Pendapat Syafie dalam salah satu riwayat daripada Ahmad: Anjing  adalah najis hatta bulunya.
3) Pendapat Abu Hanifah dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad: Air liurnya adalah  najis tetapi bulunya tidak.

Imam Ibn Taimiyyah memilih pendapat yang ketiga sebagai pendapat paling kuat. Menurutnya, apabila seseorang menyentuh bulunya tidaklah najis. Apa yang najis hanyalah air lirnya kerana kenajisannya telah thabit dalam nas. Pendapat yang menajiskan bahagian lain pada anjing adalah hanya berdasarkan Qias. Terdapat hadis yang menjelaskan bahawa Rasulullah membenarkan anjing dibela untuk tujuan pemburuan, penternakan dan menjaga rumah serta kampung halaman. Apabila seseorang membela anjing untuk tujuan tersebut, sudah tentu dia terdedah kepada bulu-bulu anjing seperti orang membela binatang seperti himar dan sebagainya. Menajiskan bulu tidak memenuhi maksud mengankat kesulitan daripada ummat ini.



.

4) EN MOMOH

Apakah hukumnya perempuan bertudung tetapi nampak lengan. Malah ada yang nampak pusat?

Ust Kama: Perempuan yang sedemikian, adalah telanjang biarpun menutup aurat. Sabda Rasulullah SAW:




صنفان من أهل النار لم أرهما : قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ، ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات ، روؤسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ، ولا يجدن ريحها ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا

Dua golongan di kalangan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat. Pertama, satu golongan yang sentiasa memegang cemeti untuk memukul-mukul manusia. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang, menarik dan menggoda, kepala (rambut) mereka seperti bonggol unta (kerana disanggul atau seumpamanya), mereka sekali-kali tidak akan masuk ke syurga malah tidak dapat mencium baunya sedikitpun walaupun bau syurga itu sudah dapat dicium dari jarak yang begitu jauh
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)


5) SURADI

a) Apakah maksud hadis ini: Sesungguhnya Allah tidak meciptakan makhluk yang dibenciNya selain dunia....Dia tidak pernah memandangnya semenjak ia diciptakan.

Ust Kama: Jawapan ditangguhkan ke minggu hadapan.

b) Soalan mengenai anak unta nabi Saleh.

Ust Kama: Telah dijelaskan sebelum ini bahawa menurut pendapat sebahagian ulama, haiwan 'Dabbatul Akhir ' yang akan keluar akhir zaman nanti adalah anak unta mukjizat nabi Soleh.

c) Orang baru pindah rumah baru, bagaimana menentukan arah kiblat?


Ust Kama: Hendaklah dia berijtihad menentukan arah kiblat. Jika kemudian didapati penentuan arah kiblatnya  itu salah, maka solatnya selema itu tidak perlu di gantikan. Ia adalah sah.




Beberapa tatimmah:

Bukankah Allah telah menentukan ajal seserang. Bagaimana pula ajal itu boleh ditambahkan jika dia menghubungkan silaturrahim sebagaimana yang dititipkan dalam sebuah hadis? Baca ulasan mengenai persoalan ini dalam Al-Meshkat 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP