CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 151

February 16, 2010


TARIKH: 16/02/2010

MUKA SURAT : 151

SURAH AL-A'raf: 1-11



PENGERUSI             : EN. SURADI

TAJWID                     : UST SUKRI MAT

TERJEMAHAN        : HJ. YUSUF

TAFSIR                     : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN  DAN PERSOALAN

1) UST SUKRI MAT

Adakah Iblis itu Jin?

JAWAPAN:
Ust Kama: Iblis adalah daripada kelompok Jin sebagaimana firman Allah SWT:


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا لآِدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً
Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, Maka sujudlah mereka kecuali iblis. dia adalah dari golongan jin, Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.
(Surah Al-kahfi: Ayat 50)


Rujukan: Islamqa

2) HJ OSMAN



Ada peristiwa terjadi berkenaan jenazah. Kadang-kadang orangmya kurus tapi amat berat ketika diangkat. Ada pula orang gemuk tapi ringan ketika diangkat. Apakah maknanya semua ini?

Ust Kama: Jenazah orang kurus terasa berat dan orang gemuk terasa ringan adalah dua situasi yang luar biasa. Perkara luar biasa, sebagaimana yang kita bincangkan sebelum ini terbahagi kepada beberapa kategori. Dalam hal dua jenis jenazah tadi, berkemungkinan satunya "ihanah" dan satu lagi adalah "Karamah". Ihanah ialah Allah menghinakannya dengan memberi aib kepadanya sama ada saat hidup maupun mati manakala Karomah adalah kemuliaan yang Allah berikan kepada para wali Allah.

3) MR KWSP

a) Apakah ciri-ciri orang yang akan menjadi Ashabul A'raf?


Ust Kama: Ibn Abbas RA telah ditanya tentang siapakah Ashabul A'raf dan apakah al-A'raf itu? Belia menjelaskan bahawa al-A'raf adalah gunung antara syurga dan neraka. Ashabul A'raf adalah  pula adalah mereka yang keluar bejihad fi sabilillah tanpa redha ibu dan bapa mereka. Mereka terhalang daripada masuk ke syurga disebabkan derhaka mereka kepada ibu bapa dan terhalang daripada masuk ke neraka disebabkan jihad mereka. Mereka tingga di Al-A'raf sehinggalah Allah menentukan tempat kesudahan mereka.

Dalam sesetengah hadis disebutkan:

أنهم قوم استوت حسناتهم وسيئاتهم
"Sesungguhnya mereka adalah satu kaum yang sama banyak kebaikan mereka  dan kejahatan mereka".

b) Apakah Ashabul A'raf mendapat makan dan minum?

Ust Kama: Wallahu A'lam.
4) EN SURADI

Apakah kes solat lima puluh waktu yang dikurangkan kepada 5 waktu tetapi ganjaran pahalanya tetap 50 mempunyai dasar yang sama dalam soal pemberian pahala satu kebajikan dengan 10 gandaan?

Ust Kama: Wallahu a'lam

5) UST SUKRI

Ulasan Tambahan/Soalan : Ada riwayat yang menyebutkan bahawa Rasulullah memberi syafaat pada hari kiamat nanti dengan meletakkan serbannya atas timbangan sesorang dari kalangan ummatnya. Apakah syafaat ini ditujukan kepada ashabul a'raf?

KESIMPULAN TAMBAHAN:

Ust Kama: Sungguhpun skim pemberian pahala oleh Allah menggunakan kaedah 1 kebajikan 10 gandaan dan lebih, dan ini kelihatan menguntungkan kita, kita perlu waspada dengan beberapa kejahatan yang boleh memakan amal kebaikan tersebut. Antaranya adalah hasad dengki dan  menyakiti orang lain.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP