CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 203

July 13, 2010

TARIKH: 13/ 07/2010
MUKA SURAT :203
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 100-106


PENGERUSI                     : SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF 
TAFSEER                          : UST KAMA




1- Para ulama mempunyai tafsiran yang berbagai tentang maksud "Al-Sabiqunal Awwalun" . Ada mengatakan mereka ialah orang yang berhijrah dan pernah solat dua kiblat. Ada mengatakan mereka yang terlibat dalam perang Badar. Paling lewat, ada pandangan mengatakan sahabat yang terlibat dalam Bai'atur Ridhwan. 

2- Abd Rahman bin Auf adalah salah seorang Sabiuqunal Awwalun sedang Khalid Al-Walid bukan. Sebab itu jawapan Rasulullah dalam perytikaian mereka berdua memihak kepada Abd Rahman bin Auf.

3- A'rab adalah orang-orang pendalaman tak kira dia bangsa Arab atau bukan.  Mereka kurang ilmu dan dengan sebab itu nifaq bersarang kuat dalam hati mereka.

4-Allah mengampunkan dosa sebilangan yang tidak menyertai perang Tabuk dan memerintahkan Rasulullah agar mengambil denda daripada mereka berupa harta.

Jawapan kepada persoalan semalam:

Hadis mengenai nabi Musa menampar malaikat maut sehingga terkeluar biji mata adalah hadis Saheh yang terdapat dalam Hadis Bukhari dan Muslim. Memahami beberapa kemuskilan dalam hadis ini adalah seperti berikut:

a) Tindakan nabi Musa menampar malaikat itu tidak bertentangan dengan akhlak nabi. Ini kerana nabi Musa memerintah satu kaum yang degil dan kasar dan sesuai diperintah dengan ketegasan. Kita melihat bagaimana cara nabi Mua memerintah mereka dan apa akibatnya apabila kuasa pemerintahan di pangku oleh nabi Harun.

b) Nabi Musa menampar malaikat sewaktu malaikat dalam rupa manusia. Pada sangkaan itu adalah manusia dan ingin mencabar kekuasaannya. 

c) Malaikat, apabila dia berupa manusia, maka kesan tamparan hingga terkeluar biji mata tidaklah menghairankan. Ia boleh terjadi. Lebih-lebih lagi yang menampar adalah lelaki gagah perkasa seperti nabi Musa.



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ. JAAFAR

Dikatakan mati itu sakit. Apakah kesakitan ketika mati itu dirasai oleh semua orang termasuk yang mati secara husnul khatimah?

Ust Kama: Kesakitan mati akan dirasai oleh semua orang sama ada yang mati secara baik atau secara jahat.  Itulah yang dinamakan 'sakaratul maut'. Nabi SAW sendiri merasai sakarat sebagai hadis yang diriwayat daripada Aishah yang menceritakan perihal Rasulullah ketika hendak wafat.

إن رسول الله ÷ كان بين يديه ركوة أو علبة فيها ماء فجعل      
يدخل يديه في الماء فيمسح بها وجهه ويقول
(( لا إله إلا الله إن للموت سكرات ))
ثم نصب يده فجعل يقول : (( في الرفيق الأعلى )) حتى قبض ومالت يده
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan juga Muslim)


2) UST SUKRI MAT

a) Ulasan: Nabi SAW dicabut nyawanya paling lembut oleh malaikat maut.

b) Persoalan: Apakah seseorang itu hanya dikira amalan akhirnya? Bagaimana amalannya sepanjang hidupnya?

Ust Kama: Sememangnya khatimahlah penentu amal. Yang dimaksudkan dengan amal semasa khatimah itu ialah kalimah "La ilaha Illallah". Dengan lain perkataan, mati dengan mempunyai iman. Jika mati tanpa iman, tiadalah berguna semua amal yang dibuat sepanjang hidup.

Mati dengan amal baik adalah mati dengan iman kerana iman itu adalah amal. Tidak beriman kalau orang yang tidak berimal kerana syarat beriman hendaklah taqrir, tasdiq dan amal.


3) SURADI

a) Dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah mengingatkan azab di dunia, dalam kubur dan dalam neraka untuk golongan munafiq. Apakah ketiga-tiga azab ini akan mengenai semua manusia?

Ust Kama: Orang kafir, orang munafiq dan orang yang derhaka kepada Allah SWT akan disiksa oleh Allah semasa di dunia, dalam kubur dan dalam neraka sesuai dengan kejahatan masing-masing.


b) Dalam ayat ditafsirkan bahawa amal orang yang hidup akan diperlihatkan kepada orang mati dalam kubur dan jika baik mereka bergembira. Apakah amalan jahat juga diperlihatkan?

Ust Kama: Ya...amalan baik maupun jahat yang hidup diperlihatkan kepada kaum kerabat dan keluarga dalam kubur. Ibn Kathir menyebutkan dalam tafsirnya sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إن أعمالكم تعرض على أقربائكم وعشائركم في قبورهم, فإن كان خيراً استبشروا به, وإن كان غير ذلك قالوا: اللهم ألهمهم أن يعملوا بطاعتك
"Sesungguhnya amalan-amalan kamu akan dibentangkan kepada kaum kerabat dan keluarga kamu dalam kubur meeka. Jika amalan itu baik, mereka akan bergembira dengannya. Jika amalan itu jahat mereka akan berdoa:" Wahai Allah...berilah ilham kepada mereka agar beramal taat kepadamu".

c) Apakah menghantar pahala kepada si mati itu sampai?


Ust Kama: Ada perbezaan pendapat dalam hal ini. Dalam sesi daurah ini, saya menegaskan bahawa terdapat hujah-hujah meyakinkan bahawa amal seseorang itu hanya di dunia dan tidak boleh seorangpun memberikan pahalanya kepada si mati. Oleh itu, sementara hidup, beramallah sebanyak mungkin.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP