CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 204

July 14, 2010

TARIKH: 14/ 07/2010
MUKA SURAT :204
SURAH AT-TAUBAH: AYAT106-112


PENGERUSI                     : UST M. SYAHRAN/  SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST SUKRI MAT
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

1-Abu Amir Ar-Rahib adalah seorang nasrani dari puak Khazraj yang berperanan penting di sebalik pembinaan Masjid Dirar. Dia mendorong 12 orang munafiq untuk membinanya sebagai pencetus bahaya, penyebar kekufuran, bermotif memecahkan kesatuan muslimin dan pusat pengintipan.

2- Mereka mahu Rasulullah solat di masjid itu tetapi sepulang dari Tabuk, turun wahyu Allah mengenainya.

3- Allah menyifatkan masjid yang dibina atas asas taqwa lebih baik dan masjid yang dibina bukan atas dasar taqwa laksana binaan di tebing yang runtuh ke dalam neraka jahannam.

4-Sesetengah orang mengaitkan ayat 109 surah At-Taubah dengan tragedi 11 september 2001 di mana menara Twin Tower di New York runtuh. Perkaitan ini tidak benar kerana dan dipertikaikan oleh sejumlah ulama kerana beberapa alasan. Alasan paling utama ialah mentafsir Al-Quran berdasarkan i'jaz raqami tidak wajar.


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) AHMAD BIN DAUD


a) Merujuk kepada perkaitan ayat 109 surah At-Taubah dengan tragedi 11 September yang menyaksikan runtuhnya twin tower di New York, saya berpandangan ia adalah satu yang menarik dan boleh mendorong orang kafir untuk mengkaji Al-Quran. 

Ust Kama: Perkaitan itu memang menarik tetapi tidak boleh disandarkan. Pertamanya, perkaitannya berdasarkan kiraan tahun masihi sedangkan Islam mempunyai perkiraan tahun sendiri. Keduanya, ia akan mendorong sesetengah orang melihat Quran hanya sebagai kitab ramalan. Rashad Khalifa dengan Kod 19 nya selalu mentafsirkan Al-Quran menggunakan kaedah penomboran begini. Terdapat kalangan tertentu mentafsirkan ayat 3 surah Yusuf yang menceritakan tentang jumlah kaukab dan dikaitkan dengan saudara Yusuf dari aspek ramalan bintang.

Al-Quran bukanlah sebuah kitab ramalan. Ramalan ada masanya tepat dan masanya salah. Al-Quran sentiasa benar!

b) Mengapa terdapat Arab kristian yang menggunakan nama-nama Islam?

Ust Kama: Mereka bangsa Arab. Maka nama-nama mereka daqam bahasa Arab. Kristian Arab suka memilih nama-nama seperti Harun, Musa, Imran, Yusuf dan sebagainya daripada kalangan tokoh sanjungan mereka. Mereka jarang sekali menamakan diri mereka dengan nama-nama Islam.

c) Semasa nabi SAW dibawa pakciknya ke Syam, seorang pendetak Nasrani menasihati Abu  Talib agar membawa pulang nabi ke Makkah kerana bahaya di Syam. Dia melihat tanda kerasulan pada nabi Muhammad. Mengapa bila nabi diutuskan, pendeta Nasrani tidak bersikap serupa pendeta itu?

Ust Kama: Pendeta itu adalah Buhaira. Dia adalah satu mutiara kalangan Nasrani. Manusia yang meyakini hari akhirat dan percaya kepada nabi-nabi ada secara berselerak pada zaman itu. Waraqah bin Naufal, pakcik kepada Khadijah juga meyakini kerasulan Nabi Muhammad. Cuma dia meninggal sebelum nabi Muhammad diperintahkan menyebarkan ISlam. Dikatakan terdapat penyair-penyair Aranb yang mempunyai keimanan kepada hari akhirat seperti Zuhair bin Abi Salma dan Umru'ul Qais.


2) SURADI


a) Apakah dajjal telah lahir atau belum?


Ust Kama: Dajal telah ada dan akan lahir (muncul) di akhir zaman. Terdapat riwayat menyebutkan bahawa bahawa di Madinah ada seorang kanak-kanak yang sifat yang digambarkan oleh Rasulullah mengenai dajal itu ada padanya. Namanya Abu Sayyad. Umar meminta izin Rasulullah SAW untuk membunuhnya tetapi Rasulullah tidak membenarkannya. Kata baginda:

"Seandai dia betul dajjal...maka engkau tidak akan mampu membunuhnya dan seandainya dia bukan dajjal yang dimaksudkan maka adalah tidak baik untuk membunuhnya".
Wallahu a'lam.

b) Ust menjelaskan sebelum ini bahawa anak luar nikah tidak berdosa dan yang berdosa adalah ibu bapanya. Tetapi, kenapa dikatakan bila dajal muncul kelak, pengikut dajal adalah anak-anak luar nikah?

Ust Kama: Soalan ini saya tidak tahu bagaimana menjawabnya. Perlu diingat bahawa Yahudi akan menjadi pendokong utama dajal. Yahudi adalah bangsa yang sering melanggar perintah Tuhan. Mereka suka berzina dan minum arak. Mungkin, di saat Yahudi menjadi pendokong dajal, keseluruhan mereka alah bangsa yang lahir daripada percampuran haram (zina).

Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP