CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 206

July 20, 2010

TARIKH: 20/ 07/2010
MUKA SURAT :206
SURAH AT-TAUBAH: AYAT 118-122



PENGERUSI                     :  SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST WAN HELMI
TERJEMAHAN                : HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

1- Tiga orang sahabat yang dimaksudkan dalam ayat 118 Surah At-Taubah itu ialah:

a) Kaab bin Malik
b) Mirarah bin Rabi'ah Al-Amiri
c) Hilal bin Umayyah A-Waqifi

2- Cerita Kaab dan 2 sahabat yang lain dipulau selama sehingga 50 hari kerana tidak ikut serta perang Tabuk merupakah sebuah cerita yang menggambakan kesetiaan sahabat kepada Rasulullah.

3- Orang yang ikut serta dalam perjuangan tidak sama dengan merekayang tercicir daripada perjuangan.

4- Tidak semua perlu keluar ke medan jihad. Sebahagian hendaklah tinggal dalam negeri buat mempelajari ilmu agama untuk mengingatkan kaum yang pulang dari berjihad.



ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN


1) TUAN ROSLAN

Tambahan: Mandi Wajib:

Terdapat kalangan anggota masyarakat yang tidak mengetahui hukum mandi wajib. Beberapa kisah dinyatakan melibatkan murid sekolah yang tidak tahu mandi wajib.Ada yang mendakwa bahawa dia dimandikan oleh ibunya. Ada ibu yang sudah beranak 7 tetapi tidak pernah mandi wajib.


2) UST WAN HELMI


Persaoalan:

Dalam Al-Quran,Allah menyebutkan bahawa amalan infaq harta fi Sabilillah diganjari 700 pahala. Apakah semua amal mendapat gandaan sampai 700 pahala dan apakah minimanya 10 pahala?

Ust Kama: Sesuatu amal baik yang dilakukan,pahala yang diberikan adalah antara 10 sehingga 700, kecuali amalan puasa.

Firman Allah SWT: 

من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها ومن جاء بالسيئة فلا يجزى إلا مثلها وهم لا يظلمون

3) SURADI

a) Apakah dalam sekelompok orang yang menuntut ilmu mendapat pahala yang sama padahal mereka berbeza-beza tahap penguasaan ilmu?


Ust Kama: Orang yang sama-sama menuntut ilmu tidaklah sama pahalanya.Ada yang mengajar,belajar, mendengar dan mengasihi. Tentulah antara mereka tidak sama ganjaran pahalanya. Penguasaan ilmu dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Rasulullah SAW pernah menyatakan dalam khutbah wida' bahawa apa yang dikatakannya hendaklah disampaikan kepada orang yan tidak mendengar khutbahnya kerana kemungkinan orang yang disampaikan itu lebih faham daripada orang yang mendengar.

b) Kenapakah nabi tidak menjawab salam Kaab bin Malik? Bukankah menjawab salam itu wajib?


Ust Kama: Menurut cerita Kaab sebagaimana diriwayatkan dalam saheh Muslim "aku tertanya-tanya dalam hatiku apakah baginda  menjawab salamku dengan menggerakkan bibirnya atau tidak". Kaab merasakan Rasulullah tidak menjawab salamnya tetapi mungkin Rasulllah menjawab dengan hanya gerak bibir sahaja. Kendatipun Rasulullah tidak menjawab, ia tidaklah meninggalkan yang wajib kerana perintah Rasulullah agar memulau Kaab dengan tidak bercakap dengan mereka boleh dikatakan sebagai menasakhkan kewajipan tersebut dalam kes Kaab.


4) HJ AYUNG HASSAN


Apakah tidakmenjawab salam itu dihukumkan berdosa?


Ust Kama: Menjawab salam merupakah salah satu daripada 5 hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain. Apabila disebutkan hak, maka pengabaian terhadap hak adalah satu dosa.

Sabda Rasulullah SAW: 



حق المسلم على المسلم خمس رد السلام و عيادة المريض و اتباع الجنائز و إجابة الدعوة و تشميت العاطس
 
 "Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan, menyambut jemputan (kenduri) dan menjawab bersin".
(Hadis Muttafaq 'Alaih)


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP