CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 209

July 30, 2010


TARIKH
28/07/2010
SURAH
YUNUS :7-14
MUKA SURAT
209
PENEGERUSI
EN SURADI BIN M.ARIF
ULASAN TAJWEED
UST. KAMARUDDIN BIN RAMLI
TERJEMAHAN AYAT
HJ. YUSUF BIN OMAR
TAFSEER AYAT
UST KAMARUDDIN WAHAB


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) KHAIRUDDIN

a) Sebagai guru, kekadang kita memarahi murid dan kata-kata yang seperti doa yang tidak baik buatnya. Bagaimanakah cara mengawal keadaan ini?

Ust Kama: Bersabarlah...

b) Apakah hukumnya menyertai musabaqah Quran dengan niat meraih hadiah?

2) EN SABARUDDIN

Ada seorang yang asalnya kristian lalu memeluk Islam. Dia mendakwa bermimpi bertemu dengan nabi Isa yang datang kepadanya menceritakan kebaikan dan keburukan Islam. Orang ini juga mendirikan solat dengan cara yang ganjil. Sekali pandang dia cuma berdiri seumpama ibadat dalam gereja. Apakah hukumnya ISlam orang seperti ini?


3) EN MOMOH

Ayat 7 Surah Yunus menyebutkan "mereka yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah dan redha dengan kehidupan dunia". Kepada siapakah ayat ini ditujukan?

Ust Kama: Ayat ini ditujukan kepada kalangan kafir musyrikin. Tetapi, ia boleh difahami secara umum kepada siapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

4) EN. SURADI

a) Dalam hadis dinyatakan bahawa sesiapa yang menunaikan hajat seseorang di dunia, Allah akan menunaikan hajatnya di akhirat. Apakah hajat di akhirat itu?

Ust Kama: Daripada Ibn Umar R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda:

المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه. من كان في حاجة أخيه ؛ كان الله في حاجته ، ومن فرج عن مسلم كربة ؛ فرج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة ، ومن ستر مسلماً  ستره الله يوم القيامة
" Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Tidak harus menzaliminya dan membiarkannya. Sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya, Allah akan menyempurnakan hajatnya. Sesiapa yang melepaskan seorang muslim daripada satu kepayahan, Allah akan melepaskannya daripada satu kepayahan di antara kepayahan-kepayahan yang ada di hari kiamat. Siapa yang menutup keaiban seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di hari akhirat.
(Hadis Muttafaq alaih)
Di hari kiamat, manusia sangat berhajat kepada Allah. Pada hari itu manusia berdepan dengan kepayahan demi kepayahan. Bermula daripada kebangkitan semula, penantian di mahsyar, perhitungan hari mahsyar yang teliti, dan kemudian cabaran melintasi titian, seterusnya penentuan sama ada ke syurga atau ke neraka. Semua ini adalah kepayahan akhirat dan kita amat mengharapkan belas kasihan Allah SWT. Itulah hajat kita., iaitu selamat daripada azab Allah SWT

b) Apakah boleh dan mendapat ganjaran pahala kita membantu orang kafir?

Ust Kama: Bantuan tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Boleh dan digalakkan membantu orang kafir sekalipun asalkan bukan pada perkara kemaksiatan.

5) HJ YUSUF

Kerajaan Malaysia telah membantu membina kuil dan gereja tidak berapa lama dulu. Apakah hukumnya membantu membina rumah ibadat orang kafir dengan wang negara?

Ust Kama: Membantu  membina gereja atau kuil adalah termasuk dalam membantu kemungkaran. Tidak ada kemungkaran yang lebih besar daripada kesyirikan. Sebuah kerajaan Islam tidak harus menggunakan wang negara untuk tujuan tersebut. Jika tidak, ia bukanlah sebuah kerajaan Islam. Bantuan itu boleh jika dari tabungan khusus dari orang kafir sahaja.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP