CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 217

September 28, 2010

TARIKH: 28/ 09/2010
MUKA SURAT :217
SURAH YUNUS: AYAT 71-78

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SAMIT

a) Terdapat pandangan yang saya dengar bahawa qalam diangkat sebelum baligh dan selepas seseorang berumur dengan umur nabi wafat iaitu 63 tahun. Apakah ini benar dan apakah dalilnya?

Ust Kama:

Mengenai diangkatnya qalam (catatan malaikat) sebelum usia baligh, ada disebut dalam hadis. Manakala dakwaan bahawa qalam diangkat selepas usia 63 tahun, ia tidak berasas dan tidak benar sama sekali.


b) Apakah boleh melakukan solat sunat witir 2 kali untuk semalam sebagaimana di bulan Ramadhan?
Ust Kama: Solat witir adalah sunat. Bagi yang solat taraweh, mereka disunatkan tamatkan dengan witir bersama imam. Kemudian, ketika bangun solat tahajjud mereka boleh melakukan witir lagi.


2)MOMOH
Apakah perbezaan antara kalimah "kaum" dengan "ummat"?

Ust Kama:

Wallahu a'lam.

Kaum lebih umum manakala ummat hanya bagi yang beriman dengan nabi berkenaan. Itulah yang saya fahami.

3) AHMAD DAUD

Kenapa manusia berbeza  warna kulit sedangkan mereka semua berasal dari nabi Adam dan kemudian daripada nabi Nuh dan hanya tinggal di satu tempat sahaja pada mulanya?

Ust Kama:

Perbezaan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor geografi, cuaca dan cara hidup adalah antaranya. Setelah banjir surut, Nuh dan pengikutnya tinggal dan berpenempatan sekitar bukit judi. Lama-kelamaan berlaku migrasi dan dengan itu manusia berkembangbiak serata daratan. Maka, bermulalah perubahan fizikal menurut faktor-faktor tadi.

Samit menambah:

Perbezaan manusia juga disebabkan gen dan kromoson. Kajian sains mengatakan dalam diri seseoranga ada 23 gen dan 46 kromosom.

4) SURADI

a) Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa semua anak Adam berdosa. Apakah termasuk nabi-nabi?

Ust Kama: Nabi-nabi adalah maksum dan terdapat dalil lain yang mentakhsiskan dalil umum tadi.

b) Disebutkan dalam satu tazkirah Ramadhan bahawa syaitan menghalang jalan taqwa orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Bagimana syaitan menghalang sedangkan dia dirantai?

Ust Kama: Syaitan, ada kalangan jin dan ada kalangan manusia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP