CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 218

September 30, 2010

TARIKH: 29/ 09/2010
MUKA SURAT :218
SURAH YUNUS: AYAT 79-88

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) AHMAD DAUD

a) Penyebaran Islam ke alam Melayu oleh para pendakwah banyak dibantu oleh karamah yang ada pada mereka. Begitulah yang diperlihatkan menerusi wayang dan filem.  Ada kalangan mereka menunjukkan karamah mereka dan bukan datang dalam keadaan mereka tidak sedar. Apakah ini karamah?

Ust Kama:

Karamah adalah anugerah Allah SWT dan bukan atas usaha. Apa yang diperlihatkan dalam wayang itu tidak boleh dijadikan sandaran. Sedangkan ke atas nabi lagikan ada maudhu', maka apalah jaminan untuk bersihnya para pendakwah daripada cerita tokok tambah orang kemudian. Dakwah mereka yang lalu itu disampaikan  dengan usaha gigih dan bukan melalui ilmu mistik sebagaimana yang ditempelkan kepada banyak daripada pendakwah.

b) Ada tok guru yang berdoakan kepada Allah agar pokok yang mati kembali hidup dan berbuah. Ini cerita yang saya dengar. Apakah ini juga karamah.

Ust Kama: Jika dia berdoa kepada Allah lalu berlaku sebagaimana yang dia doakan, itu adalah karamah.

c) Adakah ma'unah itu boleh diberikan kepada orang bukan Islam?

Ust Kama: Ma'inah Allah boleh kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.


2) MUDA AJAK

a) Apakah hujah yang boleh diterangkan kepada para jemaah sekalian untuk mengatakan boleh kita lewatkan insya untuk majlis ilmu?

b) Minta ulasan mengenai penghinaan terhadap Islam oleh seroang paderi yang berceramah di Sarawak mendakwa bahawa:

i)Mencium hajaral aswad sama seperti mencium kemaluan perempuan
ii) Nabi Muhammad gila seks kerana kawin budak kecil.

 Ust Kama:

Paderi itu ialah Benjamin. Saya sudah menonton clips tersebut sejak tahun 2006 lagi. Ia isu lama.

3) SURADI

a) Apakah ma'unah itu langsung daripada Allah atau melalui perantaraan malaikat?

Ust Kama: Allah boleh memberi pertolongan melalui perantaraan maupun tanpa perantaraan.

b)Iman dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan turun naiknya. Apakah syaitan itu ada iman?

Ust Kama: Imam syaitan sentiasa berkurangan dan terus berkurang. Hinggalah sirnalah imannya.

c ) Apakah yang dimaksud dalam hadis bahawa "perjanjian antara aku dengan ummatku adalah solat"? Jika seseorang itu tidak solat, apakah ia membawa maksud nabi tidak akan memberi syafaat kepadanya di akhirat?

Ust Kama: Solat adalah tiang agama. Siapa tidak mendirikannya, maka runtuhlah agamanya. Sesetengah ulama menghukumkan kafir mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, berdalilkan sebuah hadis yang saheh. Perjanjian dengan nabi maksunya Islam. Siapa yang tidak mendirikan solat, tiadalah dia punya hubungan dengan nabi melalui Islam lagi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP