CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 216

September 27, 2010

TARIKH: 27/ 09/2010
MUKA SURAT :216
SURAH YUNUS: AYAT 62-70

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) ANWAR TABALON

Seorang suami yang telah ditinggalkan isterinya selama kira-kira 3 tahun dan tidak duduk bersama, ketika ditanya tentang isterinya, dia mengatakan telah menceraikan isterinya. Apakah jatuh talaknya. Jika selepas 3 tahun, isterinya pulang dan mereka ingin hidup bersama semula, bagaimana hendak rujuk?

Ust Kama: 
Lafaz yang menggunakan kalimah cerai atau talak, maka ia soreh dan jatuhlah talak. Tempoh iddah dikira dari tarikh si suami mengucapkan kata-kata yang bermaksud cerai tersebut dan tamat setelah berlalunya 3 kali suci.  Setelah tempoh itu, jika meraka ingin kembali hidup bersama, maka perlulah akada yang baru dan mahar baru.


2) SAMIT

Apakah sifat 20 itu berunsur falsafah?

Ust Kama:

Sifat 20 bukanlah falsafah. 20 sifat itu adalah ekstrak dari Al-Quran dan ia adalah hasil susunan ulama lalu untuk mengenalkan murid kepada Allah SWT. Namun, ia bukannya satu-satunya jalan mengenal Allah. Para salafus Soleh tidak pernah mengenal sifat 20 tetapi mereka lebih mengenali Allah SWT. Apa yang menjadi falsafah ialah huraian dan perincian daripada sifat 20 itu seperti sifat ta'aluq, tanjizi qadim, tanjizi hadis, suluhi qadim dan suluhil hadis. Begitu juga beberapa cabang aqaidul iman yang disusun, ia lebih kepada falsafah.

3) SURADI
a) Apakah maksud "kaum yang mendengar" dalam ayat 67 surah Yunus?

Ust Kama:

Kaum yang mendengar adalah orang-orang yang beriman. Orang-orang kafir dalam beberapa ayat yang lain, Allah sifatkan mereka sebagai kaum yang buta, bisu dan pekak.

b) Dinyatakan bahawa jumlah nabi adalah 24 ribu dan 313 daripadanya adalah Rasul. 25 orang daripadanya wajib diketahui. Bagaimanakah cara mengathui 25 orang Rasul?

Ust Kama:

Beriman dengan Rasul bermakna percaya secara ijmal bahawa Allah telah menghantar para Rasul kepada manusia. Secara tafsili ialah mengetahui nama-nama 25 Rasul yang disebutkan Allah dalam Quran. Mengetahuinya bukanlah bermaksud menghafal nama mereka. Memadailah jika ditanya nama antara mereka, maka dapat dibezakan mana rasul mana tidak.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP