CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 214

September 21, 2010


TARIKH: 21/ 09/2010
MUKA SURAT :214
SURAH YUNUS: AYAT 43-53

PENGERUSI                     :UST KAMA/SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1)  SABARUDDIN


Seseorang yang baru masuk Islam, belum pandai baca fatihah, bagaimana dia mahu solat?


Ust Kama: Dia boleh baca apa yang dia tahu dari Quran. Bismillah itu adalah ayat daripada Quran jika tiaa yang lain dia ingat.

2) LADIS

Jika orang bukan Islam beri salam kepada kita, bagaimana cara menjawabnya?


Ust Kama: Jawablah seumpama yang diucapkan. Atau sekurang-kurangnya "wa'alaikum". Tidak ada masalah juga untuk menjawab dengan lengkap sebagaimana salam yang diberikan jika pasti salam itu memang salam yang betul.





3) RAMLI NAYAN

a) Seorang lelaki muslim bernikah dengan Cina perempuan yang masuk Islam. Mereka ada anak seorang. Kemudian berlaku penceraian dan si isteri kembali kepada agama asal (budha). Siapakah yang berhak jaga anak itu?

Ust. Kama: Suami yang Islam berhak menjaganya.

4) ANWAR TABALON


Bagaimana jika anak memilih untuk mengikut ibu yang kafir?


Ust Kama: Anak Islam tidak berhak memilih agamanya selain Islam. Pemerintah mempunyai tanggungjawab menjaga agama anak itu.


5) HJ YUSUF

Apakah kita perlu membenarkan kaum kerabat kita yang sudah hampir mati dirawat di hospital sehingga dengan itu kita tidak dapat mentalqinkan kalimah tauhid kepadanya. Maka matilah dia tanpa ucapan kalimah tauhid.

Ust Kama: Usaha untuk mengubat orang sakit perlu dilakukan seoptimanya. Tidak semestinya kalau tidak ditalqinkan kalimah dia mati su'ul khatimah.


6) SURADI

a) Dinyatakan dalam sebuah hadis, "semua dosa diampunkan kecuali dosa  almuzohirin". Apakah dosanya itu menyamai syirik sehingga dia tidak diampunkan?

 Ust Kama: Bukan Al-Muzohirin, tetapi Al-Mujahirin.Sabda nabi SAW:

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله، فيقول : يا فلان، عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه

" Setiap ummatku akan dimaafkan melainkan golongan "almujahirin". Sesungguhnya seorang Mujahir itu, dia berbuat sesuatu pekerjaan buruk pada malam hari lalu dia berpagi dalam keadaan Allah telah tutup keaibannya, namun dia berkata kepada orang lain "wahai si fulan, aku telah lakukan kelmarin begitu begini. Dia tidur dalam keadaan Allah menutup kejahatannya tetapi dia bangun pagi mendedahkan kejahatannya yang ditutup oleh Allah SWT".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa syirik, jika mati dengan kesyirikan itu, Allah tidak akan ampunkan. Semua dosa lain Allah ampunkan sekalipun mati dengan dosa itu. Sementara perbuatan mujahir yang mendedahkan dosanya itu sangat keji kerana tidak menghargai nikmat Allah yang menutup keaiban dan dosanya. Begitu. lalu dikata tidak dimaafkan.

b) Disebutkan tadi bahawa dalam saat penghujung hayat, ditayangkan riwayat hidup kita untuk ditonton. Mana dahulu datang. Tayangan itu atau syaitan?

Ust Kama: Sesungguhnya ketika itu sangat sulit sekali.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP