CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 238

January 10, 2011

TARIKH: 10/ 01/2011
MUKA SURAT :238
SURAH YUSUF: AYAT 23-30


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Hj.Jaafar

Apakah tindakan Al-Aziz terhadap isterinya yang didapati menggoda Yusuf?


Ust Kama: Al-Aziz hanya menasihati agar isterinya bertaubat manakala Yusuf diminta agar berwaspada dan menjauhkan isterinya itu.

2)En. Momoh

Seseorang yang lupa baca surah,apakah perlu sujud sahwi?




Ust Kama: Sekiranya lupa baca surah pada satu rakaat, dia boleh menggantikan pada rakaat yang lain. Sekiranya tak baca juga, maka tidak perlu sujud sahwi.



3) MaS Suradi

a) Terdapat sebuah hadis menyebutkan bahawa Allah menurunkan rahmat kepada orang yang berada di saf pertama.Apakah yang berada di saf lain tidak diberikan rahmat?


Ust Kama: Ia hanya menekankan keutamaan saf pertama. Setiap orang mendapat rahmat yang ditentukan kepadanya.


b) Manusia adalah makhluk yang lebih mulia berbanding jin. Namun,dalam banyak ayat Quran,kenapa jin disebut dahulu daripada manusia?


Ust Kama: Sesetengah ayat yang menyebutkan jin dahulu kerana bilangan jin lebih ramai daripada manusia.

c) Saya membaca sebuah artikal menyebutkan bahawa nama yang berpenghujung Ad-din tidak boleh digunakan. Bagaimana dengan  nama ustaz?


Ust Kama:  Ramai tokoh ulama yang namanya dihujungi dengan Din. Umpamanya nama Jamaluddin Al-Afghani, Jalaluddin Ar-Rumi, Muhammad Taqiuddin dan ramai lagi. Atas dasar apa untuk dikatakan nama tidak boleh dihujungi dengan Din?




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP