CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 247

January 31, 2011

TARIKH: 31/ 01/2011
MUKA SURAT :247
SURAH YUSUF: (AYAT 96-103)


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Rujukan: Tafseer Al-Qurtubi





ULASAN DAN PERSOALAN

1) Ahmad Daud

a) Perlukah  memohom maaf kepada yang bukan Islam sebagai syarat taubat?

Ust Kama:  Minta maaf perlu sekalipun kepada orang kafir.

b) Apakah kezaliman yang dilakukan kepada yang bukan Islam itu di akhirat kelak akan dibayar dengan pahala kita dan diambil dosanya sebagaimana kezaliman terhadap saudara seislam?

Ust Kama: Dalam hadis hanya menyebut kezaliman ke atas saudara seislam. Jika ke atas orang kafir,tidaklah pahala muslim itu diberikan kepada si kafir dan dosa si kafir itu dipikulkan kepada muslim. Allah maha adil dan Dia akan membalas mengikut keadilanya.


2) Cikgu Marijin

Berapakah umur nabi Yususf dan Yaakob


Ust Kama: Nabi Yusuf meninggal ketika umurnya 120 tahun(menurut satu riwayat).


3) SURADI

a) Kenapa cucu-cucu nabi Yaakob minta bapanya minta ampun  bagi pihak mereka? Tidak dimintanya sendiri?

Ust Kama: Kerana mereka telah berbuat salah kepada datuk mereka dengan menuduh mereka nyanyuk.
b) Apakah doa nabi Yusuf dalam ayat 101 boleh diamalkan oleh kita?

Ust Kama: Tentulah boleh diamalkan.


c) Kenapa semasa jenazah seorang Yahudi lalu, nabi bangun?

Ust Kama: Tangguh jawapan (masa suntuk)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP