CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 239

January 11, 2011

TARIKH: 10/ 01/2011
MUKA SURAT :239
SURAH YUSUF: AYAT 31-37


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST NAZRI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HAJI OTOH SIBIK

Menceritakan mengenai artikal yang dibacanya dalam internet mengenai usaha negara Iran mengeluarkan arak tanpa alkohol. Persoalannya apakah arak tersebut halal?

Ust Kama: Pengharaman arak adalah dengan illat memabukkan. Jika ia memabukkan, jadilah ia haram.

2) AHMAD DAUD

Antara nabi Yususf dan malaikat,mana lebih cantik?

Ust Kama: Kecantikan Yusuf dan Malaikat tidak boleh dibandingkan kerana berlainan kejadiannya. Mungkin boleh bandingkan antara perempuan cantik dengan permandangan yang cantik?

3) EN>MOMOH

Soalan Feqah-Jika imam terlupa tahiyyat awal, apakah tindakan makmum?

Ust Kama: Tahiyyat awal adalah sunat. Makmum boleh menegur kelupaan imam tetapi hendaklah menuruti kelakuan imam. Jika imam buat sujud sahwi, dia ikut. Jika tidak, jangan makmum buat. Jika makmum tidak mahu ikut imam dan mahu lakukan tahiyyat awal, hendaklah dia berniat "mufaraqah".

4 ) MAS SURADI

a) Apakah amalan membaca surah Yusuf masa ibu mengandung dengan tujuan anak lahir cantik bersandarkan sunnah?

Ust Kama: Itu hanya petua dan tidak salah mengamalkannya. Petua yang tidak bertentangan dengan sunnah boleh diamalkan.

b) Apakah malaikat Malik juga cantik?

Ust Kama: Malaikat Malik penjaga neraka. Allah menciptakannya tidak pernah senyum. Tentulah ahli neraka meligatnya tidakcantik kerana melihat kecantikan merupakan satu kenikmatan.

c) Ada sesetengah orang suka memilih untuk solatmenghimpit ke dinding kanan dengan tujuan agar jangan ada orang mengimamkannya. Apakah hukumnya tindakan ini?

Ust Kama: Untuk "ittiba'  imam tidak semestinya disukai oleh imam. Tidak juga menjadi syarat kita mesti berdiri sebelah kanannya. Boleh berdiri sebelah kirinya dan boleh ikutnya walau dia tidak suka diikuti. Yang mengikut dapat pahala jemaah sedangkan imam yang tidak berniat jadi imam,dia terlepas pahala jemaah.






6) RANGES

Siapakah yang mencabut nyawa Nabi Muhammad SAW?

Ust Kama: Malaikat Maut.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP