CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 241

January 17, 2011

TARIKH: 17/ 01/2011
MUKA SURAT :241
SURAH YUSUF: AYAT 44-52


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


Yusuf menta’bir mimpi raja.


Raja negeri Mesir yang bernama Rayyan bin Malik,bermimpi melihat 7 ekor lembu yang gemuk keluar dari sungai Nil yang kering kontang. Kemudian,menyusul pula 7 ekor lembu yang kurus.7 ekor lembu yang kurus itu memakan lembu-lembu yang gemuk itu bermula dari telinganya. Hanya dua tanduk lembu tersebut sahaja yang tidak dimakannya. Kemudian, raja itu melihat 7 tangkai gandum  yang hijau dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus itu lalu tinggal lagi 7 tangkai gandum yang kering kontang. Lembu yang kurus itu tidak pula menjadi gemuk dengan sebab memakan 7 ekor lembu yang gemuk dan 7 tangkai gandum yang hijau itu.


Rayyan bin Malik merasa hairan dengan mimpinya itu lalu menjemput para ahli nujum, tukang tenung, bijak pandai dan ahli sihir yang ada dalam negeri. Kepada mereka ditanyakan tentang maksud mimpinya itu. Mimpi raja itu membuatkan mereka kebingunngan dan akhirnya mereka merumuskan bahawa mimpi raja itu hanyalah kecamuk alam mimpi yang  biasa dialami oleh ramai orang. Mungkin raja itu tidak puas hati dengan jawapan mereka lalu mereka mengaku bahawa mereka bukan ahli ta’bir mimpi untuk menyatakan maksud di sebalik mimpi sang raja.


Perihal mengenai raja bermimpi dan para ahli nujum,tukang tenung,bijak pandai serta ahli sihir gagal menta’birnya didengar oleh pelayan raja dalam istana.Pelayan tersebut adalah yang dulu berada dalam penjara bersama nabi Yusuf dan nabi Yusuf telah menta’bir mimpinya dengan tepat dahulu.   Mimpi raja itu membuatkannya teringat semula dengan nabi Yusuf setelah bertahun-tahun berlalu. Sekaligus dia teringat juga permintaan nabi Yusuf agar disebutkan perihalnya yang dipenjarakan secara tidak adil.  Maka,oleh pelayan itu, dimintanya agar dia diutuskan kepada nabi yusuf dalam penjara untuk ditanyakan tentang ta’bir mimpi raja.


Apabila pelayan itu datang bertemu nabi Yusuf sebagai utusan raja untuk bertanyakan maksud mimpi tersebut,tanpa lengah nabi Yusuf menjelaskan maksud mimpi itu dengan satu tindakan yang perlu dibuat oleh raja untuk negeri Mesir. Menurut nabi Yusuf, hendaklah aktiviti pertanian dijalankan dengan bersungguh-sungguh selama 7 tahun  pertama. 7 tahun tersebut adalah tahun-tahun yang subur.   Ia diwakili oleh mimpi raja mengenai 7 ekor lembu yang gemuk dan 7 tangkai gandum yang hijau.


Nabi Yusuf mengatakan bahawa hasil mahsul gandum yang dituai hendaklah disimpan dalam gudang bersama dengan tangkainya. Gandum yang disimpan bersama tangkai lebih tahan lama berbanding gandum yang diceraikan daripada tangkai. Ini kerana selepas 7 tahun yang subur itu, akan datang pula 7 tahun yang gersang dan pada masa itu segala tanaman tidak menjadi. Hujan tidak turun dan lading-ladang tidak dapat diairi. Serangga pula memusnahkan tanaman.


Imam Al-Qurtubi ketika mentafsirkan takwilan nabi Yusuf ke atas mimpi raja itu menyifatkan bahawa ia adalah kewajipan untuk memelihara maslahah. Maslahah adalah menjaga 5 perkara tunggak dalam kehidupan iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Apa sahaja yang dilakukan untuk mempertahankan 5 perkara tersebut, ia adalah maslahah dan apa sahaja yang dibuat menjejaskan 5 perkara itu, ia adalah mafsadah. 


Setelah menceritakan maksud dari mimpi raja mengenai 7 ekor lembu gemuk dan 7 ekor lembu yang kurus serta 7 tangkai gandum yang hijau dan kering, nabi Yusuf menceritakan satu lagi yang tidak dimimpi raja itu tahun-tahun kesenangan.  Tahun itu ditandai dengan hujan yang mencurahkan rahmat dan kemurahan hati daripada para dermawan. Kesenangan tersebut adalah khabar gembira buat raja dan rakyat Mesir untuk menyatakan bahawa kesukaran yang bakal mereka tempuhi bukanlah berterusan. Di hujung kesenagan,berwaspadalah dengan kesusahan yang pasti datang. Namun,di hujung kesusahan,pasti ada kesenangan.


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) HJ JAAFAR

Apakah benar nafsu perempuan melebihi lelaki?

Ust Kama: Ya, memang benar. Namun, nafsu apa? Bukan seksual semata-mata. Nafsu yang dimaksudkan mempunyai pengertian yang luas.

2)ANWAR TABALON

a) Mana lebih utama, solat qasar dan jamak atau solat sempurna sebagaimana asal?

Ust Kama: Melaksanakan solat jamak dan qasar lebih utama.


b) Bagaimana cara untuk melaksanakan jamak taqdim dan jamak ta'khir?


3) CIKGU MARIJIN

a) Minta jelaskan mimpi raja dan kaitannya dengan ta'bir nabi Yusuf.

Ust Kama: 7 lembu gemuk melambangkan 7 tahun yang makmur. 7 lembu kurus melambangkan 7 tahun yang kontang.  Demikian 7 tangkai gandum yang hijau melambangkan 7 tahun tanaman menjadi. 7 tangkai gamndum yang kering melambangkan 7 tahun gandum tak menjadi. 


4) MAS SURADI

a) Kenapa nabi Ibrahim disebut sebagai bapa para nabi?


b) Mengapa nabi Muhammad terima hadiah dan tidak sedeqah?






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP