CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 240

January 12, 2011

TARIKH: 12/ 01/2011
MUKA SURAT :238
SURAH YUSUF: AYAT 38-43


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA




Nabi Yusuf menerangkan kepada dua sahabat banduan dalam penjara bahawa ikutannya adalah kepada millah datuk moyangnya nabi Ibrahim A.S, datuknya nabi Ishak dan bapanya nabi Yaakob. Millah mereka adalah millah yang menjauhkan daripada kesyirikan dan hanya kepada Allah mereka mentauhidkan. Sesungguhnya, keberadaan nabi Yusuf di atas garisan yang pernah dilalui moyangnya nabi Ibrahim itu merupakan satu kelebihan anugerah Allah kepadanya. Tidak ramai yang mengikuti jalan tersebut. Kebanyakan manusia adalah adalah mereka yang tidak bersyukur.

 Nabi Yusuf selanjutnya berhujah kepada dua sahabat banduannya itu tentang kepincangan agama yang dipegang oleh mereka yang menyembah pelbagai Tuhan. Adalah satu yang menghairankan bagi golongan kafir untuk menjadikan Tuhan itu satu sebagaimana yang pernah diucapkan oleh golongan kafir Makkah apabila nabi Muhammad saw mengajak mereka kepada ketauhidan. Ini sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT dalam firmannya:


أجعل الآلهة إلها واحدا إن هذا لشيء عجاب
“Adakah dia (Muhammad) mahu menjadikan Tuhan hanya satu? Sesungguhnya ini adalah satu yang ganjil”.
(Surah Sood: Ayat 5)

Ketika mentafsirkan ayat ini para Mufassirun menyebutkan:


لما أسلم  عمر بن الخطاب  شق ذلك على قريش  وفرح المؤمنون . قال الوليد بن المغيرة  للملأ من قريش   - وهم الصناديد والأشراف - : امشوا إلى أبي طالب .  فأتوه ، فقالوا له : أنت شيخنا وكبيرنا قد علمت ما فعل هؤلاء السفهاء ، وإنا أتيناك لتقضي بيننا وبين ابن أخيك . فأرسل أبو طالب  إلى النبي - صلى الله عليه وسلم -  [ ص: 191 ] فدعاه ، فقال [ له ] : يا ابن أخي ، هؤلاء قومك يسألونك ذا السواء ، فلا تمل كل الميل على قومك . فقال : " وماذا يسألوني ؟ " قالوا : ارفضنا وارفض ذكر آلهتنا ، وندعك وإلهك ، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم - : " أتعطوني كلمة واحدة تملكون بها العرب وتدين لكم بها العجم ؟ " فقال أبو جهل   : لله أبوك ، لنعطينكها وعشر أمثالها ، فقال النبي - صلى الله عليه وسلم - : " قولوا لا إله إلا الله " . فنفروا من ذلك ، وقاموا ، فقالوا : أجعل الآلهة إلها واحدا كيف يسع الخلق كلهم إله واحد
Ketika Umar Al-Khattab masuk Islam,orang-orang Quraisy merasa sempit dada sedangkan orang-orang beriman merasa gembira. Lalu Al-Walid bin Mughirah berkata kepada pembesar-pembesar Quraisy yang terdiri daripada orang-orang kaya dan bangsawannya: “Pergilah mengadu kepada Abu Talib”.Lalu mereka pun mendatangi  Abu Talib dan berkata kepadanya: “ Wahai Abu Talib, kamu adalah pemimpin kami dan orang yang tua di kalangan kami. Sesungguhnya kamu pun tahu apa yang dibuat oleh orang-orang bodoh itu (kaum muslimin). Kami datang kepadamu supaya kamu menyelesaikan satu masalah yang berlaku antara kami dan anak saudaramu”. Abu Talib telah menjemput nabi Muhammad SAW supaya datang bertemunya dan dia bertanya kepada nabi SAW:” Wahai anak saudaraku, kaummu itu meminta keadilan, maka janganlah berlebih-lebih sangat terhadap mereka”. Nabi SAW bertanya: “apakah yang mereka minta daripadaku?”. Mereka berkata:” Jangan ganggu kami dan jangan ganggu Tuhan kami, kami pun tidak akan ganggu kamu dan Tuhanmu”. Maka jawab nabi SAW:” Adakah kamu mahu memberikan aku satu kalimah sahaja yang mana dengannya kami akan memerintah bangsa Arab dan dipatuhi bangsa Ajam?”, Maka Abu Jahal berkata: “ Demi Allah dan demi bapamu, kami akan berikan kamu dan  sepuluh kali ganda daripada apa yang kamu minta”. Maka jawab nabi SAW:”Katakanlah Lailahaillalah”. Lalu mereka enggan mengatakannya dan bangun berlalu sambil mengomel: “Adakah patut Muhammad menjadikan Tuhan hanya satu? Bagaimana satu Tuhan akan mentadbir makhluk seluruhnya?”.
Kepelbagaian nama-nama Tuhan yang disembah oleh orang-orang kafir itu hanya rekayasa nenek moyang yang kemudiannya dipanut oleh anak cucu secara membuta tuli.  Bertaqlid kepada nenek moyang menjadikan mereka sesat dan Allah mengutuskan para nabi untuk mencabut keluar ikutan membuta tuli terhadap nenek moyang ini. Islam menggesa supaya digunakan akal untuk berfikir dan mencari hujah dan dalil.

Dengan sebab hilang fungsi akal, manusia kafir mempercaya wujudnya banyak Tuhan. Tuhan-tuhan sembahan mereka wujud dalam bentuk "syuraka" yang berkongsi sandaran keyakinan mereka. Meyakini ada sesuatu yang mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan selain Allah SWT adalah perbuatan syirik. Ia seolah-olah menyembah perkara tersebut miski secara fizikal ia tidak disembah.  Mereka yang percaya kepada tangkal azimat, pelaris, pengasih,susuk dan sebagainya yang diyakini sebagai sekutu dalam kuasa memberi manfaat dan menolak mudarat selain Allah adalah musyrikin sekalipun secara lahiriah mereka muslim dan menyembah Allah SWT.







 
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) AHMAD DAUD

Mimpi buruk tidak wajar diceritakan. Bagaimanakah jika seseorang menceritakan mengenai mimpinya dapat nombor ekor?

Ust Kama: Mimpi buruk yang dimaksudkan adalah mimpi yang menuntut ta'bir. Jika ia mimpi buruk, hendaklah didiamkan kerana jika ia dita'bir oleh ahli ta'bir, ia akan berlaku sebagaimana yang dita'bir.

2) Mas Suradi

a) Apakah beza antara Zon,Syak dan Waham?

Ust Kama: 
Zon -cenderung kepada yakin
Syak-Sama-sama berat.
Waham- Cenderung kepada tidak yakin.

b) Perlantikan nabi dan Rasul adalah hak Allah kepada siapa sahaja yang dikehendakinya. Mengapa nabi-nabi dan rasul dari keturunan yang sama?


Ust Kama: Keturunan mempunyai pengaruh terhadap kesolehan seseorang tetapi bukan jawapan mutlak untuk menentukan solah atau tidaknya seseorang. Ada anak,bapa dan isteri nabi yang kafir.

c)Terdapat kes-kes sauara baru yang murtad kerana tiada tindakan susulan daripada puhak Jabatan Agama, Apakah mereka akan menanggung dosa atas kemurtadan mereka?

Ust Kama: Setiap orang punya tanggungjawab.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP