CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 414

November 5, 2012

TARIKH : 05/ 11 /2012
MUKA SURAT :414
SURAH LUQMAN: AYAT 29-34


PENGERUSI                       : MOMOH SIDUM/MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MOMOH SIDUM
TERJEMAHAN                 : ANWAR TABALUN
TAFSEER                           : UST KAMA

1) Matahari dan bulan beredar. Sains hanya menemui hakikat ini di zaman moden tetapi Al-Quran telah jelaskannya lebih 1400 tahun yang lalu.

2) Berkata As-Sya'bi: Sabar itu separuh iman dan syukur itu separuh iman. Yakin adalah keseluruhannya.

3) Fitrah manusa adalah beriman kepada Allah. Pada saat terhimpin, terbitlah fitrah tersebut menonjolkan dirinya sebagaimana.

4) Hidup di dunia penuh tipudaya. Al-Gharur juga memperdaya. Al-Gharur menurut Mujahid adalah syaitan.

5) Ada lima kuci perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia iaitu:
a) hari kiamat
b) Masa turunnya hujan.
c) Kandungan dalam rahim.
d) Apa akan berlaku esok.
e) Di mana matinya seseorang.

PERSOALAN

1) MOMOH SIDUM
Dikatakan syaitan diberi peluang memperdaya manusia hingga di mahsyar. Ini satu situasi yang menakutkan. Bagaimana kita bisa selamat dari segala tipu daya syaitan ini?
Ust Kama: Hidayah milik Allah. Jika kita mati dengan hidayah dari Allah, maka kita akan selamat ketika di alam barzah dan juga selamatlah di kala di mahsyar.
2) HJ MARIJIN

a) Seseorang yang mati di tempat lain, tetapi dikebumikan di tempat lain. Kata Al-Quran Allah sahaja yang tahu di mana kita akan mati. Apakah tempat dikebumikan itu juga termasuk apa yang ghaib dan hanya Allah sahaja yang tahu.

Ust Kama: Apa yang bakal berlaku semuanya pengetahuan ghaib dan hanya Allah yang tahu.

b) Apakah boleh pindah mayat yang ditanam di satu tempat?

Ust Kama: Boleh dengan sebab darurat.

3) HJ JAAFAR

Apakah hukumnya bawa balik tanah kubur di baqi' dan ditanam di kubur Malaysia?

Ust Kama: Pertama, perbuatan tersebut adalah salah kerana mengambil tanah haram dibawa bali ke tanah halal. Keduanya, hal tersebut adalah khurafat kerana tiada maknanya bawa balik tanah kubur untuk ditanam di Malaysia.

4) MAS SURADI

Apakah hukumnya pindahkan wang zakat ke tempat lain. 

uST kAMA: Zakat satu tempat hendaklah diberikan di kawasan di mana kita tinggal kecuali jika ditempat kita tinggal sudah tiada mustahaqqin.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP