CARI KANDUNGAN BLOG

Tiada siapa tahu di mana matinya.

November 5, 2012

Diriwayatkan bahawa ada seorang Yahudi yang selalu membuat nujum, maka satu hari dia berkata kepad Ibn Abbas: "Kalau anda mahu, aku khabarkan kepadamu tentang ramalan nujumku tentang anakmu, sesungguhnya dia akan mati selepas 10 hari lagi dan kamu pula tidak akan mati sehingga kamu buta, manakala aku akan mati tak sampa setahun lagi".

Lantas, Ibn Abbas bertanya dia: " Di mana kamu akan mati wahai Yahudi?"

Lalu jawab si Yahudi itu: " Aku tidak tahu".

Ibn Abbas berkata: Maha benarlah Allah kerana Dia telah berfirman:


وما تدري نفس بأي أرض تموت 
" Dan tiada seseorang itu mengetahui di bumi mana dia akan mati". 
( Surah Luqman:Ayat 34)

Lalu, Ibn Abbas pulang ke rumah dan mendapati anaknya sedang demam dan anaknya pun mati selepas 10 hari. Manakala Yahui itu mati sebelum habis setahun. Sedangkan Ibn Abbas mati dalam keadaan matanya buta.

Sumber: Tafsir Qurtubi; ayat 34 Surah Luqman.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP