CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH DIBATALKAN

November 7, 2012

Daurah siri ke 416 yang sepatutnya pada malam ini dibatalkan kerana moderator ada program lain iaitu ceramah di Taman Jalil Alip untuk program Kemanisan Iman anjuran UPI Sandakan.

Insya Allah satu sesi daurah penutup akan diadakan di mana ia merupakan penamat bagi sesi tahun 2012.
 
Catatan:
 
Pihak UPI (Unit Pendidikan Islam), PPD mengadakan satu program pemantapan akidah yang dinamakan Kem Kemanisan Iman melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di Sandakan. Saya dijemput oleh Ust Sarudin Andang untuk menyampaikan satu slot bertajuk : Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Menerima jemputan tersebut, saya ajak Ust Mohd Shahran menemaniku. Sementelahan tem[at program itu di Jalil Alip. Malam hari, jalan ke sana gelap dan sunyi. Kalau ada teman, dapat juga dibualkan sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi ust Mohd Syahran ada sesuatu hajat dengan saya.

Saya menyampaikan isu akidah dengan menekankan prinsip akidah salafus soleh sebagai model akidah selamat.  Beberapa kefahaman moden juga diperingatkan bahayyanya terutama kefahaman syiah yang menular dalam masyarakat. Fahaman-fahaman baru yang dianut sesetengah anggota masyarakat juga disimpulkan sebagai terkeluar dari akidah ahlis sunnah wal jamaah seperti pluralisme, liberalisme, sekularisme dan pelbagai isme moden yang mengancam.
 
Semoga generasi baru yang lahir punya akidah yang sejahtera kerana akdiah yang betul menentukan betulnya amalan dan menepati manhaj nabi serta para sahabat.
 
 
(Ust Kama)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP